Wednesday, December 21, 2016

Anniversary

Assalamualaikum wbt.



Allah.. Lama dah tak menulis dekat blog ni (last post berkenaan my 1st month anniversary).

Alhamdulillah wa syukurillah.

Usia pernikahan kami masuk tahun ke4 (and still long way to goooo...)

Hubb = Cinta gicheww


Masih dalam proses suai & menyesuaikan.

Terima kasih suami kerana menerima saya & anak (anak, insyaAllah).

We love you to the moon & back.

Cia cia cia


Dan terima kasih juga kerana sudi jadi travel partner saya (walaupun most of the time memenatkan yet enjoyable).
Waktu travel tu lah it will reveal our true selves.

Dengan sesatnya. Dengan mendaki bukitnya. Dengan kaki melecetnya. Dengan tapak kasut tercabutnya, etc.
Ianya pasti akan jadi topik perbualan kita di hari tua :)























May Allah bless our marriage with lotsa lotsa lotsa kids loves.

Terima kasih kerana membawa saya & anak (anak) melihat dunia.
Semoga di kemudian hari melihat syurga. AMEEN. (Cia cia cia. Ayat pickup line)

Macam biasa, kita jual pantun seround:

Kali pertama bertentang mata,
Tika akad nikah jadi bicaramu,
Tak aku sangka kau dan aku saling tercipta,
Sebagai pelengkap kau dan aku.

(Muntah hijau)

Wassalam.

Nursyahida Abdul Rashid
22.12.2016

Monday, January 21, 2013

الحمدلله

Alamak wak. Saya tersalah eja anniversary. Aiyoyo.


Bismillah ar-rahman ar-raheem.

Dear Encik Suami,

Alhamdulillah. Dah masuk sebulan kita bernikah so, jangan lupa renew sijil nikah kita dari sementara ke kekal.haha Pejam celik tido kroih3 (ok, itu saya) dah sebulan. Sekejap je rasa :)
Dalam sebulan ni macam-macam saya belajar dari awak.
Bergaduh pun kita dah pernah rasa. Tidaklah berangkat suara. Cuma tertarik muka masam-masam manis je. (ok, itu saya lagi).
Adatlah tu. Kita baru kenal. Baru nak kenalkan dan suaikan diri masing-masing.
Terima kasih sebab jadi suami yang baik untuk saya :)
Bila 1 malam tu awak minta saya cakap apa yang saya nak complain tentang awak, sungguh tiada!
Saya senyap bukan kerana pendam atau apa, cuma saya tiada sebarang complain tentang awak.
Maafkan saya sebab selalu buat sepah bilik, xreti masak sedap-sedap untuk awak, xreti bawa awak jalan-jalan, etc.
Sebab benda ni terlalu baru untuk saya.
Mungkin saya perlukan masa. Maafkan saya :(
Terima kasih sebab sudi beri saya tunjuk ajar dalam banyak hal.
Saya ingat lagi, waktu kita baru-baru nikah. Awak ambil al-quran, buka surah al-ankabut minta saya baca.
Saya nervous. Tergagap-gagap. Macam tengah ujian tasmi'.
Akhir sekali, awak tegur bacaan saya. Awak minta saya tekankan bunyi syaddah.
Rupa-rupanya itu adalah surah hafalan awak. Terima kasih atas tegurannya :)
Terima kasih sebab sudi berulang-alik dari KL ke JB hampir setiap minggu untuk berjumpa.
Terima kasih juga sebab sudi hantar & ambil saya balik kerja dari Klinik Kesihatan mahupun Hospital. Walaupun kadang-kadang awak tunggu lama, tapi awak tak pernah cakap apa-apa.
Awak jenis yang pentingkan masa. Kalau boleh dalam toilet pun awak nak letak jam :P
Sorry sebab lambat pasang jam dinding dekat bilik kita.
Saya xreti memaku. So, terpaksa minta tolong ayah pakukan dinding untuk letak jam tu.
Dan akhir sekali, terima kasih sangat-sangat sebab jadi suami yang baik :)

p/s: Dan sebenarnya... Saya rindu nak berjemaah dengan awak... Tapi saya malu nak bagitahu...

:)

Saturday, December 22, 2012

Baitul muslim


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah. Segala telah selesai. Tinggal urusan walimah sahaja.
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah selamat dinikahkan dengan suami yang yang terkacak bergaya soleh terbaik terbijak dan segala yang baik yakni saudara Mohammad Mahyuddin bin Khalid :)
Secara jujur pada mulanya saya seakan berperasaan neutral terhadapnya.
Benci tidak. Sayang pun tidak.
Kami tidak berdating sebelum nikah. Tidak bergayut. Tidak melafaz kata-kata jiwang.
Bahkan a day before nikah saya bekerja dan pulang malam! (time tu baru nak perkemas hantaran, pakai inai,  kemas bilik dan sebagainya)
Seakan tidak excited.
Sewaktu diijabkabulkan, perasaan sebak mendominasi diri.
Sebak kerana tawa tangisan saya yang dahulunya milik ibu ayah kini diserahkan kepada sang Suami.
Namun, tatkala dia membaca khutbah nikah. Allahu rabbi!
Bacaannya lancar! Bacaan qurannya juga fasih! Seakan khatib sedang memberi khutbah.
Hati mula jatuh suka saat itu.
Selesai urusan nikah, kami makan berdamai dan keluar untuk outdoor photoshoot (disebabkan kekangan masa. Masing-masing sibuk)
Segan! Malu! Allah... Semua ada. Photographer minta pegang tangan. Allah. Laju jantung!
Photographer suruh pandang muka. Allahu rabbi! Macam Usain Bolt dah jadi jantung ni.
(Nasib baik photographer muslimah. Taklah kekok sangat).
Almaklumlah. Kami tak pernah berdating. Dan saya juga jarang melihat wajahnya melainkan jika perlu apetah lagi untuk menyimpan gambar dia dekat hp mahupun lappy.
Usai photoshoot kami pulang untuk solat zohor.
Saya meminta dia menjadi imam saya untuk kami solat zohor berjemaah.
Saya iqamat. Dia angkat takbir jadi imam.
Selesai solat, dia baca doa dan saya ameenkan.
Selepas bacaan doa saya salam dan cium tangan dia tanda hormat (sebagaimana saya lakukan ketika berjemaah dengan ayah ibu & keluarga).
Dan dia membalasnya dengan mencium ubun-ubun kepala saya.
Allah! Manis! Sungguh manis perlakuannya.
Setelah itu saya & kak ngah menghantarnya pulang berjumpa keluarganya.
Maka benarlah janji Allah. Bahawa cinta mengikut syariat yakni cinta yang halal itu lebih terasa nikmatnya.
Allahu akbar. Allah maha besar!
Oklah. Nak siap-siapkan dewan untuk walimah esok. InsyaAllah.
Sekadar berkongsi cerita yang tidak signifkan. Hehe
Wassalam.

p/s: lepas ni rindu dia dapat pahala. sayang dia dapat pahala. gayut dengan dia dapat pahala. insyaAllah! :)

kekok kok kok

jeling 2 saat

Halau kucing yang nak interframe

Candid. Teaser & non-edit dari camera photographer

Candid. Teaser & non-edit dari camera photographer

Video untuk dia yang saya buat sewaktu kami baru bertunang dahulu. Alhamdulillah. Semuanya selesai :)


Sunday, November 25, 2012

LASIK

Blurred vision

Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Allah masih sudi melimpahkan nikmatNya yang tak terkira ke atas hamba yang serba lemah ini.
Jom update blog! *sambil pakai cermin mata hitam kerana sedikit silau selepas surgery*
Alhamdulillah. Baru-baru ni, saya dan adik telah selamat me-lasik matanya.
The surgery was done by an opthalmic surgeon yang berpengalaman (need not to worry) :)
LASIK is stands for Laser-Assisted In-situ Keratomileusis
It is usually pain-free. *Sekali lagi, jangan risau* :)
Costnya pula, depends kepada thickness of your cornea and other complications.
Basically around RM3k (direct procedure) to RM6k.
Disebabkan ada beberapa rakan yang bertanya-tanya tentang prosesnya, so saya dengan pendek rendah diri rasa macam best bertuah nak share experience yang tak seberapa ni.

1. Screening
1st of all before nak memulakan hajat ingin meLASIK mata ni, kita kena make an appointment to screen for the suitability to be a LASIK candidate. The screening process was done by the optometrist.
Masa ni dia akan check degree of kerabunan kita, thickness of our cornea, any eyes complications that may present, size of pupil, eyes' pressure, eyes' moistness, etc
Before screening process:

  • For soft contact lenses wearer, must stop wearing it for at least 4 days prior the screening procedure.
  • Whereas for hard contact lenses: 2 weeks.

This is because the contact lenses may alter the normal shape of our cornea.
During the screening process, please bring along your eyeglasses together.
As for my case, the optometrist told me that I have big eyes (so, less stretching needed to open up the eyes during the surgery which means less pain), I also have large pupil size which is slightly disadvantage as my eyes can't see clearly during nighttime and I might see halos upon looking the lights (senang cerita cahaya mudah terbias) and my cornea is not really thick unlike my sister who has thicker cornea. So, I am not suitable for the direct procedure and need to be on special procedure.
The screening cost was RM200.
After the screening process, boleh lah book tarikh untuk undergo the LASIK surgery :)

2. LASIK Surgery: Before
As for me, I decided to do the LASIK surgery a week after the screening process.
Before coming for the surgery, please ensure that:

  1. You are not wearing eye make up
  2. Not use any perfume
  3. Not wearing contact lenses for at least 4 days before the surgery.
  4. Bring along a person to drive you home.
Instructions before LASIK surgery

Read carefully the letter of consent before sign it. Need not to worry. All the potential risks are greatly improved by the current technology :)

3. LASIK Surgery: During
My experience during LASIK surgery was like this:
  1. Saya disiapkan dengan baju hijau & penutup rambut @ surgery attire ala2 scrubs tu.
  2. My eyelashes & eyes area were cleaned by using dark-chocolate coloured solution (which I think was iodine solution).
  3. The nurse brought me to the surgery room where all the machines located and I was asked to lie down on the machine with my head on the socket of the machine heading to the laser shoot.
  4. The doctor put some numbing eye drops in my eyes as to alleviate any discomfort that may arise during the procedure.
  5. My eyes were stretched as to open them up.
  6. The surgeon marked the cornea before creating the flap.
  7. A suction ring was applied to my eyes as to make the eyes static (since the eyes movement may affect the flap quality). During this process, you might feel a slight pressure on your eyes and your eyes might be blurred for a few moment (due to the pressure applied). Stay calm and need not to worry :)
  8. I was asked to look and focus at the target light (red light) for a short time and the laser was shot creating a flap of my cornea. It was painless although you might feel some pressure on your eyes and you will smell something is burning. But need not to worry :)
  9. The LASIK was performed on each eye separately with each procedure took only 5-10 minutes.
  10. Lastly, the nurse took me to a room and I was advised to rest. An hour later, the surgeon  did a check up on my eyes.

Surgical garment. Tudung perlu dibuka. So saya nasihatkan kalian pakai tudung sarung and elakkan pakai tudung berpin sana- sini.
Lebih kurang macam ni procedure dia. Stay calm just focus at the light.

4. LASIK Surgery: After
My experience was:
  1. There was temporary burning sensation & excessive tearing right after the LASIK procedure (particularly when the effect of numbing eye drops stop). So, terpaksa la saya pakai shades disebabkan mata yang merah+ berair+ and susah nak buka. But, need not to worry. The effect will subside soon particularly after you wake up from your sleep :)
  2. My vision was hazy and blurry right after the procedure. Tp ia akan improve by time. Macam saya, keesokan harinya :)
Instructions after LASIK procedure

Right after the LASIK procedure. My sis & I di pimpin balik oleh ibu. Terima kasih ibu :)

5. LASIK Surgery: Post-care
Penat nak menulis, just read the instructions la ek :)

Post- care
Subconjunctival hemorrhage
Antibiotic to ensure there is  no infection of the eyes.
Artificial tears to deal with the dryness & discomfort of the eyes.
Eye shield. You need to wear this during sleep as to prevent to  rub your eyes during sleep or terhempap  apa2 tengah kroih2 kan :p
My 4am face with the eye shield on. Macam satria baja hitam :p

And you may also require these things on your very 1st week after the LASIK surgery (critical time)

Goggles. Esp waktu mandi. Avoid mata from kena air as the water contains so many bacteria and the infection of your eyes might lead to blindness.

Shades sbb akan ada sedikit silau bila tengok cahaya.

Pesan saya:
Waktu mandi, untuk cuci muka, gunakan span basah & lap ke muka. Similarly for wudhu'. Pat lembut2 kat area around mata. Lap air dekat mata lembut2 then baru buka mata.

6. Follow up
Alhamdulillah. A day after the LASIK procedure, I went for the follow up. And I was told that my vision is 20/20. Perfect eyesight. Although I might have some astigmatism due to the flap hasn't seal yet but it might improve with time. ALHAMDULILLAH :)
And saya juga diberitahu untuk blink fully as my eyes are big and need extra effort to do so. This is because the lower part of my eyes were dried due to "half-blinking" (the eyes were not well lubricated).

Apa yang saya puji surgeon yang buat LASIK saya ni:
Dia lembut & professional during conducting the LASIK procedure.
Before start the procedure, dia baca: Bismillah
During the procedure (esp during the suction thing which might cause slight pain) he told me to selawat with his soft and tenang voice (indirectly menenangkan saya)
And when he done with the procedure, he said: Alhamdulillah :)
And he told my mom that I was calm during the procedure padahal gelabah dalam hati :)

Begitulah review on my experience ttg LASIK ni. Sesiapa yang nak contact number of this surgeon, might ask me directly je la ek :)

With that, wassalam.

Tuesday, November 20, 2012

Gambaran Al-Quran Mengenai Sikap Yahudi

Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Allah masih sudi mencurahkan nikmatNya yang pelbagai kepada kita, hamba yang sering ingkar ini...
Segala puji & puja dirafakkan kepadaNya jua.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan serangan Israel ke atas Gaza SEKALI LAGI....
Sekadar berkongsi sedikit ilmu atau info yang saya dapat melalui laman FB Cinta Selepas Nikah berkenaan sikap Yahudi menurut gambaran Al-Quran.

1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad (SAW).
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 40-41


2. Bangsa yang suka memutarbelitkan kebenaran.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 42


3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 47


4. Bangsa yang menyembah berhala di tengah bimbingan Nabinya.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 51


5. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib & faham materialisme.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 55


6. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 61


7. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 65


Dan atas dasar apa Yahudi benar-benar memusuhi Islam? Kerana mereka merasakan diri mereka lebih mulia. Because they think they're holier.
Berikut adalah teguran Allah kepada mereka dalam Surah Al-Jumu'ah: Ayat 6


Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Allahumma ameen.

Allahu'alam