Friday, February 25, 2011

kerja sepenuh masa saya

Bismillah ar-rahmaan ar-raheem

salam alaykum..
alhamdulillah.semalam (25/2/2011) merupakan hari yang mana segala tenaga dalam badan ni dikerah sehabis-habisnya...
hari saya bermula seperti yang berikut (apa kaitan tajuk dengan perkara ni?haa,sama-sama tunggu.nak tahu kena teruskan membaca =p) :
  1. 6am: bangun+mandi+solat subuh+bc quran
  2. 7am: goreng nugget utk sarapan+minum air ribena (xtahu kenapa nak sgt minum)+ambil food supplement+tgk MHI
  3. 8.30am: gosok baju+gosok tudung+bersiap2 untuk ke fakulti
  4. 9.30am: keluar rumah+jalan kaki ke fakulti
  5. 9.50am: sampai fakulti+berpeluh2+sarung lab coat+masuk lab
  6. 10.15am: buat eksperimen utk hasilkan nanoemulsion by using palm oil for drug delivery system.siyes xtahu apa-apa procedure.sbb benda ni kena buat sendiri.xde procedure yang disediakan oleh lecturer.so segalanya depends on our own.
  7. 1.20pm: ok.semuanya gagal.no nanoemulsions were formed.decide nk lunch+solat zohor
  8. 2.10pm: masuk lab balik.teruskan lagi eksperimen.try to figure out what actually the problem is.
  9. 4.00pm: Rabb!semua pon xjadi lagi.hampa dan penat =.=" decide nk balik.n try search kt journal regarding nanoemulsion
  10. 4.15pm: aduhai.hujan macam ribut.okla.tunggu taxi kat PPUM...mak ai!ramai jugak yang beratur.
  11. 4.30pm: masih tgh beratur.dan da nk smpi turn
  12. 4.45pm: ciss.org asyik potong que je.mentang2 lelaki.org india lagi.mmg xpuas hati!
  13. 5.00pm: berjaya mendapatkan taxi.tu pun dgn bantuan pakcik taxi yang sian kt diri ni yg asyik kena buli je.yay!akhirnya ada yang mengerti (^_^) alhamdulillah
  14. 5.15pm: sampai rumah.solat asar.
  15. 5.30pm: alhamdulillah.hujan da reda.ajak housmate n coursemate kuar shopping
  16. 6.05pm: sampai stesen LRT masjid jamek.Allah.ramainye org!br balik keje...xpe!misi nak shopping wajar diteruskan =p
  17. 6.45pm: Allah..hujan..xpe2.ade payung..hehe
  18. 7.30pm: balik~~
  19. 8.05pm: tumpang sembahyang kt bilik kawan
  20. 8.30pm: keluar makan.makan bihun tomyam+air matakucing.alhamdulillah.sedapp~
  21. 10.00pm: sampai rumah sewa+menjahit baju yang baru beli.agak labuh.maafla.sy pendek =(
  22. 11.30pm: mandi
  23. 12.00am: solat isya'+bc quran
  24. 12.30am: tgk cite korea kt laptop
  25. 3.00am: tidur~
alhamdulillah.dan hari ini masih diberikan peluang utk hidup lagi di bumi Allah.erm,berkaitan dengan tajuk.entah kenapa semalam sy berasa sangat bangga (bukan riya' tapi tidak malu) bertudung besar! semalam sy memakai skirt jeans labuh+baju kemeja+tudung bidang 60 warna kelabu.antara sebabnya:
  • pakcik taxi xberani nk gatal2 dengan sy walaupun sy tahu die gatal (krn die ngorat dan pandang2 kwn sy) sian die...walaupun die baik in terms of bantu kami mendapatkan taxinya
  • semasa sy sedang beli brg kt masjid jamek, waktu tu sorang2.kwn2 sy ke tepi sbb hujan.ade 2 lelaki ni.rsnye mmg hobi mrk suke mengacau gadis2.tapi bila nampak sy, 2-2 terdiam.dan terdengar kalimah "ya Allah.ayunye." dan tibe2 mrk memanggil Nurkasih.haha.walaupun agak kelakar, tapi sekurang-kurangnya mrk teringatkan Allah dgn "kewujudan" saya.alhamdulillah.biasanya sy akan masam muke bile diganggu.namun semalam,senyum dlm hati je (tak boleh senyum depan mrk.nnt mrk slh fhm)
  • sewaktu tumpang solat maghrib di bilik kwn sy, dgn pakaian sy yg sedemikian (tmbh stokin khas utk solat yg mmg di bw) sy dah boleh menunaikan solat.mudah bukan? (^_^)
  • sewaktu makan di kedai makan, ada 2 pasangan kekasih.pada mulanya 1 pasangan ni berada bertentangan dengan saya.sy ternmpk sang gadis melilit2kan tangannya di tangan sang teruna.sang teruna terperasan yang sy terperasan aksi mrk, maka mrk terus beralih tempat ke meja lain.kemudian pasangan yang ke2 pula duduk di meja tersebut.agaknye mereka segan, mrk juge beralih meja.Alhamdulillah.hebatnya kuasa tudung ni, sampai ia (dengan izin Allah) mampu menjaga dan menghalang sy dari melihat maksiat!subhanallah! (^_^)
alhamdulillah...krn kerja sepenuh masa saya adalah sbg muslimah inilah, sy dihormati selakunye seorg muslimah..allahu akbar!(^_^)
jom sama2 kita terus-terusan memberikan gmbrn yang positif ttg islam.lebih2 lagi kepada dunia sekarang yang kian parah dilanda wabak islamophobia.
sedarlah.islam bukan agama keganasan.namun agama yang penuh kesejahteraan
sebagai konklusi: sebagai muslimah itulah kerja sepenuh masa saya.24jam,365hari,seumur hidup (insyaAllah)
ameen~

wallahuallam

Thursday, February 24, 2011

cinta hati

Bismillah ar-rahmaan ar-raheem
salam alaykum..
alhamdulillah..masih diberikan kesempatan olehNya utk terus meluah cerita hati pada medan maya ini..
sekali lagi, Alhamdulillah, segala puji dan puja bagi Allah..keluarga saya telah selamat tiba di tanah air tercinta dari bumi Ireland..alhamdulillah..segalanya lancar..syukur sgt2 ke hadrat Ilahi...
Entah kenapa dan mengapa baru-baru ini perasaan rindu yang tak terbendung kepada mereka (ahli keluarga saya)..
Sesungguhnya, sy telah merancang bersama rakan baik saya untuk pulang ke johor bahru memandangkan hanya ini waktu senggang yang kami ada sebelum menduduki peperiksaan akhir semester 6.namun,perancangan Allah mendahului perancangan hambaNya.pd saat akhir, saya perlu menyelesaikan projek nanoemulsion as drug delivery system bermula minggu ni.Allahu akbar! pada mulanya,menitis juga airmata tambah-tambah pula ramai housmates yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.nampaknya bertambah sunyilah rumah sewa ni =(
Namun, pasti ada hikmah yang tersirat dibalik yang tersurat. Mungkin ini yang terbaik dariNya.sabar wahai hati.sesungguhnya Allah sedang memberikan yang terbaik kepadaMu.pandanglah ia dari sisi positif.nescaya ganjaran positiflah yang bakal anda dapat.
what you see is what you get.
maka perbetulkanlah pandangan anda dahulu sebelum mencongak apa yang bakal anda dapat.insyaAllah..
Berikut adalah antara foto cinta hati saya yang acapkali ditatap dalam mengubati kerinduan:

they share my laugh.they share my tears

ana uhibbukum (^_^)

Sunday, February 20, 2011

wanita syurga


Bismillah ar-rahmaan ar-raheem...
Salam alaykum...
Tiada apa yang ingin sy kongsikan hari ini.hanya sekadar sebuah harapan yang perlu disokong dengan amalan.
harapan yang tiada siapa bisa menjaminnya selain DIA

ya Allah, jadikanlah aku wanita syurga..
bantulah aku menjadi hambaMu yang solehah,
hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada perintahMu dan menjauhi segala laranganMu,
hamba yang tiada pernah ragu pada kekuasaanMu ya Allah...

tipsnya mudah: kurang berkata dan lebihkan melaksana.
ya Allah, jadikanlah aku wanita syurga.allahumma ameen~

sama-sama muhasabah diri

Thursday, February 17, 2011

catatan diary ku tentang superheroku! (^_^)

Bismillah ar-rahmaan ar-raheem

Assalamualaikum..
buat superheroku: Ayah!! <3

Ayah,selamat hari jadi! yang ke..(tengah kira jari balik..) 50 tahun!!
Ayah da tua!! ;p <-- ini jelir ye ayah.hehe.bukan huruf P..
uda saja wish ayah in advance.sebab uda nak jadi anak yang pertama wish ayah! ;p
hehe, uda doakan ayah semoga dikurniakan umur yang barakah, dikurniakan segala yang terbaik dari Allah buat dirimu, dan digolongkan bersama hamba-hamba yang dicintaiNya..ameen =)

-uda nak terima kasih sangat-sangat dekat ayah sebab:
  1. Ayah ajar uda sembahyang masa umur 5-6 tahun, lepas tu uda bukan main lagi liat nak sembahyang (godaan tv cerita doraemon, power rangers, tomato man, etc). Then, ayah kata: "kalau umur 7 tahun tak sembahyang juga, ayah dah boleh rotan ni!" Akibatkan takut kena rotan, rajinlah uda sembahyang. Tapi uda panggil solat ni solat turbo (laju gila woo). Ayah baru angkat takbiratul ihram, uda dah tahiyat akhir dah. Padahal start sama-sama ;p
  2. Paksa ayah belikan CD wrestling (sekitar umur 9-15 tahun) yang cetak rompak punya. Pastu layan wrestling sama-sama dengan boboy. Habis semua dibantai, termasuklah: WWF royal rumble, no mercy, millenium, vengeance, etc. Ala, harga pun tak lah mahal sangat kan ayah kan? ;p tp, sejak uda da jadi wanita ayu ni, (haha) selamatlah sikit duit ayah tu, ye tak? uda dah tak layan dah benda-benda wrestling ni..hihihi~
  3. terima kasih juga sebab ayah sudi naik turun sekolah agama atas masalah kehadiran uda dulu..agaknya ibu dengan ayah dah jadi kawan kamcing dah dengan ustazah sekolah agama uda tu.hahaha
  4. buat ayah pening kepala sebab tak nak pergi sekolah =(
  5. Ayah ajar uda addmath masa uda form 2 (pening giler masa tu.ayah ajar differentiation and intergration.padahal uda minta ayah ajar macam mana nak kira gradient guna formula : (y2-y1)/(x2-x1) tapi tahan je lah dalam hati sambil kata "ayah aku ni tak tengok syllabus baru kot..form 2 mana ada belajar hisab tambahan lagi" ;p
  6. Ayah ajar uda kimia organik masa uda form 5 dan sampai sekarang uda ingat (insyaAllah):
  • 1. Mak = methane
  • 2. Esah = ethane
  • 3. Pegang = propane
  • 4. Baju = butane
  • 5. Pak = pentane
  • 6. Hasan = hexane
  • 7. H = heptane
  • 8. O = octane
  • 9. N = nonane
  • 10. DA = dekane
7. Tahan sabar dengan uda walau uda suka olok+ejek ayah tentang warna (memandangkan ayah buta warna). Ayah selalu tanya uda, uda pakai tudung warna apa dan uda akan jawab warna yang sebaliknya. Then, pakat dengan boboy and adik beradik lain gelakkan ayah (hahaha) ;p
8. Selalu kutuk lagu-lagu lama ayah and ejek ayah kalau ayah nyanyi (sebab ayah selalu lari tempo) ;p
9. Terima kasih sangat-sangat sebab ayah masih sayangkan uda walaupun uda tolak permintaan ayah mentah-mentah supaya uda ambil medic. Ingat lagi, masa tu ayah bagi uda 3 pilihan (alhamdulillah dengan result yang agak cemerlang pada peringkat matrik, tapi taklah cemerlang sangat) ayah suruh pilih antara medic, dental and pharmacy --> last-last uda pilih pharmacy. Walau uda tahu, ayah agak kecewa sebenarnya. Sebab kawan-kawan uda yang pointer rendah sikit dari uda pun ada yang layak dapat medic and dental..lepas tu, ayah asyik tanya je pasal mereka masa tu. Maaf yah, tapi uda rasa, i'm not able to make it. uda tak layak jadi doc atau dentist. besar+ busy tanggungjawabnya tu. Dan terima kasih sebab meredhai keputusan uda =)
10. Oh ye! hampir terlupa.uda juga nak mintak maaf sebab dah terbunuh ikan emas belaan ayah masa uda umur 6 tahun.masa tu kita tinggal dekat yong peng.sebenarnya uda bukan sengaja bunuh..isk2..masa tu uda ingat lagi, ayah baru beli ikan emas tu tak sampai 3hari dekat pasar malam..ada lah dalam 8-10 ekor..lepas tu ayah letak dalam balang kat atas rak,tinggi rak tu.uda tak sampai masa tu.di sebabkan uda curious nak tahu dan sayang ikan tu,uda tarik kerusi.panjat and celup tangan uda dalam balang tu.uda nak cium ikan tu.ikan tu busuk tau ayah! so, uda pergilah bilik ibu.kat atas meja solek ibu ada bedak enchanteur kaler kuning kalau tak silap uda.uda tabur la dalam balang tu.sebab nak bagi ikan tu wangi sikit.nanti boleh la uda cium ;p skali..bedak tu membina 1 lapisan khas pula atas air tu.maka ikan-ikan tu semua tak dapat oksigen.maka matilah mereka secara berjemaah.lepas tu, masa ayah balik kerja,ayah tanya siapa bunuh ikan emas ayah.lepas tu uda buat tak tahu.maaf ye ayah.long story ago..harap ayah tak kisah la ye.uda pun hampir terlupa..apa lagi ayah yang da tua.mesti da lupa kan? ;p

-dan macam-macam lagi sebenarnya..tak larat nak fikir and ingat..hehe..apa-apa pun, uda mohon doa ayah dan ibu mengiringi setiap langkah yang uda ambil dalam hidup uda..terima kasih ayah..
UDA SAYANG AYAH! <3

p/s: maafla.terpkse gune bahasa baku or skema.sbb ayah sy xpandai bace singkatan2.hehehe ;p

side note: this notes was dedicated to him during his bday last year (2/11/2010).and ayah sangat2 gembira ttgnya malah meminta sy print notes ini..
sy syg ayah sy! (^_^)

ayah & adik.syg 2-2.byk2! (^_^)

study on how to study.ganbatte!

Bismillah ar-rahmaan ar-raheem..
salam alaykum..
Alhamdulillah.pada hari ini (17/02/2011) banyak yang telah sy pelajari...
sedang saya menyiapkan formulation dan prescription untuk lab petang  nanti, sempat juga saya berbual dengan seorang sahabat  saya, 1 kos dan merangkap sahabat sekelas mengenai persepsi lelaki terhadap wanita.antara perbualan kami:
syahida: A, awak takde minat mane2 junior ke?junior 1st year kan cun2..
A: haha..ade ke yang cun?entah berapa orang je yang aku kenal.buddy si A, buddy si Z..tu je la yang aku kenal
syahida: ish awak ni..eh,lelaki suke perempuan yang mcm mane eh?
A: erm,syahida takde suke siape2 ke?
syahida: haha,budak tu da nk nikah da pon..mls la nk pk
A: aku bukan nak kate ape.bukan takde org nk approach ko.tp ktorg yang lelaki2 ni or org kate org2 picisan ni jadi segan nk dekat dengan perempuan2 yang tudung labuh cam syahida...insyaAllah..suatu hari nnt mesti ade org yang da sedia mentally, jasmani and rohani and die xkan approach syahida..tp akan terus approach ibu ayah syahida
syahida: oo..mcm tu ke? (baru tahu..)

itu antara sedikit bual bicara yang sempat sy sembangkan bersama sahabat sy.alhamdulillah.br mengerti hati mrk.walau cume sedikit.maka benarlah kata kakak saya: Jika para lelaki melihat perempuan yang menutup aurat, bukanlah syahwat yang muncul, melainkan rasa kagum dan hormat padanya.
Alhamdulillah.sy sudah mengerti hikmah bertudung.mari sama-sama menutup aurat! (^_^)



selepas itu, petangnye tu..sama2 kami masuk lab..bersilat bagai untuk menyediakan prescription yang telah di order.tada~ ni antara preparation yang ktorg kena siapkan.cream gitu~ lepas ni da boleh wat cream muke sendiri da ;p
kacau2 sampai siap.maaf muke comot =p
seusai menyelesaikan tugasan di lab..makan2 dengan kawan2 dekat cafe 6th college (kolej kediaman para student clinical) wah!~ bedal kuey teow tomyam+teh o ais..memang menyelerakan selepas pening menghidu bau propylene glycol yang begitu busuk sekali dalam lab (hihi)..lepas tu, masa dalam perjalanan pulang, Allahu akbar!hujan selebat-lebatnya..rasa chuak da makin menjadi2 dalam diri..sambil tu dalam hati berdoa..ya Allah..jangan Kau tarik nyawaku saat ini..amalku masih gagal membawa ku untuk melihat gerbang syurgaMu..apetah lagi membawaku ke dalamnya...sambil berdoa dalam teksi tu..alhamdulillah..selamat tiba di rumah..selepas puas baring2..masa untuk facebook..ya Allah..invitation darinya masih appear di laman facebook ku..ucapan buat saudara: maaf krn mengurangi hak awk selaku seorg umat islam dan sbg kawan.bukan sy sengaja untuk tidak menghadiri walimah awk.namun sy belum bertemu kekuatan.sy hnya bisa mendoakan kebahagiaan buat diri awk dan pasangan.moga cinta ini membawa kalian ke syurga.ameen
undangan walimah dari si dia

dan perancangan seterusnya adalah belajar..belajar..dan belajar..ya Allah..minggu depan bakal sibuk..moga diberi segenap kekuatan dari-Nya.ameen
sekian utk post kali ini.wassalam =)

Thursday, February 10, 2011

bukan TIADA jodoh,mungkin BELUM sampai jodoh =)


bismillah ar-rahmaan ar-raheem...
dengan nama Allah yang maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG
alhamdulillah.setelah 6tahun sy meminatinya secara senyap (tanpa kata,tanpa bicara,tanpa tentangan mata,tanpa berjumpa) akhirnya sy melepaskan perasaan sy terhadapnya
pertama kali berkenalan sewaktu beliau mengimami solat jemaah yang mana sy adalah antara makmumnya..
lunak bacaannya, tertib dan tartil tajwidnya..Allahu Allah..aku telah jatuh kasih!
orangnya tegas dalam berbicara, berpendirian dalam menjalani urusan kehidupan..
oleh kerana bimbang akan bisikan nafsu, sy diamkan perasaan itu...
dan sehinggalah semalam, pabila sy mendapat invitation darinya bahawa dia bakal bernikah...
tersenyum sy melihat dia bahagia (",)
bisik hati sy: mungkin inilah yang terbaik dari Allah
erm, ya Allah..damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.jadikanlah daku hamba yang beriman,hamba yang mana dia dan Tuhannya saling meredha..dia redha akan ketentuan Tuhannya dan Tuhannya redha akan kehidupannya di muka bumi-Nya...
p/s: kembali fokus kepada 2 kehidupan..kehidupan sebelum mati dan kehidupan selepas mati

Sunday, February 6, 2011

usratus sakinah (keluarga sakinah)


salam alaykum
bismillah ar-rahmaan ar-raheem
alhamdulillah.segala puji dan puja dirafakkan buat Allah pemilik selamanya alam jua isinya
selesai sudah majlis pernikahan serta perkahwinan kakak sulung sy: Nurfirdaus Abdul Rashid dengan pasangannya Mohd Iqhbal Naeem.moga bahagia hingga ke syurga la hendaknya.ameen
ya Allah, setelah menyaksikan sendiri alam perkahwinan..entah kenapa jadi bimbang dan takut
sesungguhnya setiap perubahan itu tidak mudah.dan adakah sy sudah bersedia ke arah itu?sudah kukuhkah diriku?
Allahu Allah..
segalanya bertambah!bertambah tanggungjawab.bertambah muatan dengan zuriat2.bertambah ibu ayah.akan tetapi bertambahkah masalah?erm...
sy bimbang bernikah dengan orang yang salah.bukan pemilik rusuknya.yg gagal menerima sy apa adanya dan gagal menerima keluarga sy seadanya.ya Allah.kegusaran ini yang sering menghalang sy utk membuka hati menerima insan2 yang cuba menghalalkan diri mrk terhadap sy
fitrah insan dambakan pasangan.terutamanya pabila sudah mencecah usia 20an (22tahun utk lebih spesifik)
ada insan yang baik serta memenuhi citarasa sy.namun belum tentu bisa meredhai kekurang serta kedhaifan diri sy
dan ada juga insan yang bisa menerima diri sy serta keluarga sy seadanya.namun,kurang menepati citarasa rs sy sepenuhnya.tetapi tidak dinafikan, mereka insan yang baik
boleh jadi apa yang kita suka itu tidak baik buat kita dan boleh jadi benda yang kita benci itu baik buat kita.
perlukah kita berpasangan dengan insan yang kita cintai?atau lebih elok andainya kita berpasangan dengan insan yang mencintai kita?mana lebih bahagia?
istikharah cinta?Allahu Allah.utk melakukan istikharah soal jodoh,sy belum punya kekuatan lagi.
mungkin seusai menghabiskan pengajian (tahun 2012,insyaAllah) baru sy lakukan.
tetapi, 1 nilai yang amat penting yang sy cari adalah: insan tersebut haruslah menerima,menghormati,menyayangi ibu bapa sy serta keluarga sy.krn mereka amat bererti bagi sy.bahagiakan mereka.kemudian bahagiakan sy
ya Allah,berikan daku segenap kekuatan menghadapi kegusaran ini..
sesungguhnya aku menanti si soleh dan jadikanlah aku hamba yang solehah.
ameen