Monday, January 21, 2013

الحمدلله

Alamak wak. Saya tersalah eja anniversary. Aiyoyo.


Bismillah ar-rahman ar-raheem.

Dear Encik Suami,

Alhamdulillah. Dah masuk sebulan kita bernikah so, jangan lupa renew sijil nikah kita dari sementara ke kekal.haha Pejam celik tido kroih3 (ok, itu saya) dah sebulan. Sekejap je rasa :)
Dalam sebulan ni macam-macam saya belajar dari awak.
Bergaduh pun kita dah pernah rasa. Tidaklah berangkat suara. Cuma tertarik muka masam-masam manis je. (ok, itu saya lagi).
Adatlah tu. Kita baru kenal. Baru nak kenalkan dan suaikan diri masing-masing.
Terima kasih sebab jadi suami yang baik untuk saya :)
Bila 1 malam tu awak minta saya cakap apa yang saya nak complain tentang awak, sungguh tiada!
Saya senyap bukan kerana pendam atau apa, cuma saya tiada sebarang complain tentang awak.
Maafkan saya sebab selalu buat sepah bilik, xreti masak sedap-sedap untuk awak, xreti bawa awak jalan-jalan, etc.
Sebab benda ni terlalu baru untuk saya.
Mungkin saya perlukan masa. Maafkan saya :(
Terima kasih sebab sudi beri saya tunjuk ajar dalam banyak hal.
Saya ingat lagi, waktu kita baru-baru nikah. Awak ambil al-quran, buka surah al-ankabut minta saya baca.
Saya nervous. Tergagap-gagap. Macam tengah ujian tasmi'.
Akhir sekali, awak tegur bacaan saya. Awak minta saya tekankan bunyi syaddah.
Rupa-rupanya itu adalah surah hafalan awak. Terima kasih atas tegurannya :)
Terima kasih sebab sudi berulang-alik dari KL ke JB hampir setiap minggu untuk berjumpa.
Terima kasih juga sebab sudi hantar & ambil saya balik kerja dari Klinik Kesihatan mahupun Hospital. Walaupun kadang-kadang awak tunggu lama, tapi awak tak pernah cakap apa-apa.
Awak jenis yang pentingkan masa. Kalau boleh dalam toilet pun awak nak letak jam :P
Sorry sebab lambat pasang jam dinding dekat bilik kita.
Saya xreti memaku. So, terpaksa minta tolong ayah pakukan dinding untuk letak jam tu.
Dan akhir sekali, terima kasih sangat-sangat sebab jadi suami yang baik :)

p/s: Dan sebenarnya... Saya rindu nak berjemaah dengan awak... Tapi saya malu nak bagitahu...

:)