Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Salam alaykum...
Alhamdulillah...semalam (hari sabtu bertarikh 15/1/2011) aku telah diperkenalkan oleh Allah dengan seorang lagi shbt yg hebat iaitu Kak Misraini..terima kasih juga kepada Nabila sbb sudi menjadi penghubung kami =)
ya Rabbi~
semalam merupakan hari yg agak penat bagiku (mungkin tak bagi Nabila dan Kak Misraini) memandangkan stamina ku yang xberapa mantap... =(
antara agenda yang telah dilakukan semalam:
1. menelaah subjek evidence-based pharmacotherapy dan extemporaneous preparation sedikit pada waktu pagi
2. pada waktu tengah hari, berjalan di sekitar masjid jamek dan jalan TAR
3. petangnya pergi pula ke pekeliling
4. malamnya ke ukm pula membawa kak Misraini berjalan2 dan menghadiri konsert simfoni untukmu palestin.jemaah maghrib dan isya' di sana.dan saling bertukar cerita dengan kak Misraini.memandangkan beliau lebih matang maka,banyak juga info serta pengajaran yg dapat diambil dari nya.alhamdulillah
5. pukul 1.19am..baru sampai rumah
Allahu Allah..penat tapi puas!itu antara yg dapatku ungkapkan
Pesanku yang terakhir: Beramallah dengan sebaik-baik amal dengan kesihatanmu itu selagi mana Allah memberimu keizinan untuk meminjam nikmat tersebut.
Wallahuallam