bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah.setelah beberapa hari tak meng-update blog, berjaya lagi tiada apa yang ingin dikongsikan bersama.
cuma kebelakangan ini, ayah ada bertanyakan soal jodoh kepadaku.
dan ada beberapa sahabat yang juga bertanya isu yang sama kepadaku.
bukanlah aku tidak mahu bercinta.namun aku mendamba cinta yang HALAL
buat masa ini, fokusku lebih ke arah pelajaran (selayaknya diriku bergelar mahasiswi).
insyaAllah, sampai tika dan waktunya, akan jua diri ini fikirkan soal c i n t a ni..
kepada mereka yang menyimpan perasaan terhadapku (entah ada dan kemungkinan besar tiada.wallahuallam) tu..simpan dahulu kata cintamu.simpan dahulu kata rindumu.usah biarkan ku tahu akan perasaanmu kala ini..
biarlah kita saling bercinta melaluiNya.hanya kepadaNya kita menyatakan cinta.hanya kepadaNya kita meluahkan rindu.dan hanya kepadaNya kita menyerahkan sebuah harapan bernama DOA...
insyaAllah, Dia telah melamarmu buat diriku dan Dia juga telah melamar diriku buat dirimu sejak sebelum kelahiran kita lagi.segalanya telah tercatat di Luh Mahfuz...
YAKINILAH! :)
No comments:
Post a Comment