Tuesday, June 7, 2011

sabar


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.selesai sudah hari ke2 di inpatient department. Hari ni, saya belajar pelbagai benda :)
Semalam saya ditempatkan di inpatient ward (IPW) yang mana agak sibuk dalam mengpakej (packaging) ubat dan dispensing the drugs. Ubat-ubat ini seterusnya akan diberikan kepada patient sama ada sebagai pesakit luar (yang sedang menunggu giliran di kaunter dan dibenarkan discharge) ataupun ke ward untuk di administer by nurses.
Hari ini pula, saya ditempatkan di therapeutic drug monitoring (TDM) yang mana saya telah pelajari ilmu farmakokinetik (sama ada mengira volume of distribution, elimination constant, half-life of the drug, predicted peak/trough plasma drug concentration dan membuat pengubahsuaian serta cadangan (recommendation) kepada doctors di mana-mana yang sesuai).
Sambil-sambil duduk menekun di section TDM, mata ini mengerling ke section methadone yang mana saya bakal ditempatkan untuk hari esok (InsyaAllah).
Methadone programme adalah program yang mana methadone diberikan kepada drug addict sebagai pegganti kepada morphine, heroine,etc. Ini bermakna, mereka yang dibawah program ini merupakan penagih dadah yang cuba dikawal penagihannya. Seperti sebentar tadi, section methadone agak sibuk dengan ramai "pesakit" yang menunggu di luar untuk mendapatkan methadone mereka. Subhanallah. Saya agak terkejut melihat kelibat mereka. "Mungkin memang sebegini rupa mereka" , getus hati ini.
Ada antara mereka siap memesan kepada pegawai farmasi yang bertugas, "Buatkan pekat sikit eh."
Malah ada juga yang meminta lebih dengan membawa botol lebih.
Namun, pharmacist yang bertugas di situ kekal cool walaupun dimarah2 dan didesak2 oleh "pesakit2" ini. Sangat kagum! :)
Saya juga dipesan oleh orang-orang di situ, agar tidak senyum kepada "pesakit2" ini, kerana dikatakan ada kes di mana, "pesakit2" ini suka kepada pegawai yang bertugas dan mengikutinya.
Ingat tu syahida, jangan senyum lebih-lebih.
Oklah, sampai di situ saja catatan saya untuk hari ini.
Esok bakal ke section methadone pula.InsyaAllah :)
Dengan harapan: sabarlah menunggu wahai patients ku, kami sedang bekerja keras dalam memastikan ubat yang betul serta dos ubat yang betul sampai kepada kalian :)
Sekian untuk kali ini. Wassalam

p/s: Sesuatu telah membuat saya tersenyum hari ini.Alhamdulillah

2 comments:

  1. hmmm... methadone =) k.syahida tau, kat masjid ar-rahman ade klinik untuk penagih setiap hr khamis 8am-12pm. kat situ diorang diberi air campuran methadone + rawatan islam + ceramah. so time tu mmg rmai la penagih2 berbahaya. huhu~ mas pnah nak join tapi doc tak kasi sbb bhya. btul la ape diorang kate tu. even jgn pandang 'pesakit' lama2. mcm2 diorang bole buat nnt sbb diorang ni bebas + k.syahida chantek.. ^__^ selamat bekerja! =)

    ReplyDelete
  2. mas: oh! ye ke mas?subhanallah.akk pun xtahu =(
    nnt de ms akk nk usha2 la klinik methadone tu. insyaAllah =)
    bagus jugak therapy tu.cm lebih efektif je.insyaAllah
    selain perubatan moden, diselitkan sekali pengisian rohani =)
    adoii~ akk xcantik la dik.awk tu lebih cantik.
    alhamdulillah =)
    okeh! thx utk wishnye dik =)
    gud luck jugak utk mas.semoga jadi doctor yg solehah.allahumma ameen =)

    ReplyDelete