Friday, June 10, 2011

senyum =)


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Selesai sudah saya menjalani attachment di inpatient pharmacy =)
Lepas ni ke outpatient pharmacy pula. InsyaAllah.
Syukur sangat2. Pelbagai ilmu dan pengalaman saya timba ketika di inpatient pharmacy. Inpatient pharmacy merupakan pharmacy yang mana meng-supply ubat-ubatan ke ward (sama ada paediatric, getriatric, gynaecology ward, ICU, CCU, CICU, etc) serta ubat-ubat kepada discharge patient yang mana baru dibenarkan keluar dari ward.
Di inpatient pharmacy, kami ditempatkan di pelbagai section. Secara ringkasnya, schedule saya spt berikut:
  1. Hari pertama di inpatient ward (IPW)
  2. Hari kedua di Therapeutic Drug Monitoring (TDM)
  3. Hari ketiga di Methadone preparation
  4. Hari keempat di inpatient chemotherapy (IPC) dan di sterile complex
  5. Hari kelima di Dangerous Drugs dan infectious disease ward (ward round)
Subhanallah. Pelbagai ilmu dan pengalaman saya observe dan kutip sepanjang berada di sini.
1 of them yang saya tak mampu lupakan adalah ketika "patient" methadone mengamok kerana ubatnya lambat siap. Sampai sekarang masih berlegar-legar dan terngiang-ngiang kata-katanya: Kau tu yang salah! Sebab kau tu tak berpengalaman! 
Kecoh sebentar di inpatient pharmacy, kemudian keluar seorang senior pharmacist di situ berkata: Encik, sini hospital. Tolong jangan tinggikan suara.
Fuuhhh~ betul-betul teruji ketabahan dan kesabaran di situ =(
Antara section lain yang saya gemar adalah TDM section. Di situ kami akan menerima blood sample from the patient dan seterusnya run blood sample tersebut di makmal perubatan (tingkat 4). Blood sample tadi di run untuk mengetahui plasma or serum drug level of the patient. Memandangkan ada sesetengah drug toxicity is related to their respective concentration in blood. After run the blood sample by the makmal perubatan, result akan dimasukkan ke dalam system. Dan kami akan check result tersebut di komputer dan rekodkan. Selepas itu, kami akan tentukan sama ubat tersebut overdosing or underdosing dan sebagainya. Dan membuat recommendation kepada doctor whether to change the dose, frequency or withold the drug =)
Sounds easy right? Tapi secara realiti nya, tidak! there are several factors that we need to consider first before we are deciding to do some recommendations.
Saya juga berkesempatan untuk berkenalan dengan orang yang hebat-hebat di situ, antaranya:
  1. Kak mariani (PRP: Provisionally Registered Pharmacist)
  2. Kak shafika (PRP)
  3. Kak mysarah (PRP)
  4. Kak menaha (PRP)
  5. Senior syamil (PRP)
  6. Senior izzudin (PRP)
  7. Kak nani (Pembantu perubatan)
  8. Student diploma farmasi uitm
  9. Student diploma farmasi kolej mahsa
Dan ramai lagiiii =)
Subhanallah. Mereka hebat-hebat belaka. Saya harus belajar dengan mereka untuk kekal bersikap positif in what ever situations and remain cool all the times =)
Oklah, sampai di sini sajalah catatan kali ini. Nak siapkan assignment pula. InsyaAllah
Wassalam

p/s: Jangan lupa lebihkan senyuman =)

5 comments:

  1. seronoknye...banyak ilmu dapat...

    ReplyDelete
  2. liyana: Alhamdulillah =)
    tu la.syahida syukur sgt2.hihi~
    awk lak tgh praktikal ye skg?

    ReplyDelete
  3. sy praktikal thn lepas....
    tp a bit bosan la, xdptt praktik kan semue yg kite blajar, dpt projek pon kecik2 je...lain2 mase dihabiskan main fb...hahaha
    Skrg ni jd RA kat utm...=)

    ReplyDelete
  4. hi.
    we are using same template. amazing right??

    ReplyDelete