Sunday, August 14, 2011

Aww-rat! :)

Aurat wanita dan lelaki

Bismillah ar-rahman ar-raheem...
Alhamdulillah..berkesempatan lagi nge-update blognye :)
Post kali ni bakal membincangkan soal Aww-rat (Aurat)!
Typical issue isn't it?Hehe..
Isu yang biasa namun usah di biasa-biasa kan...
Jujur saya akui..Saya sendiri gagal menutup aurat dengan SEMPURNA..Masih dalam tempoh perbaiki diri lagi..InsyaAllah
Akan tetapi, aurat yang seperti manakah yang saya bincangkan ini?
Bersesuaian dengan firman Allah dalam Surah An-Nuur ayat 31:

" Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung ke dadanya,..."


Dan izinkan saya menyimpulkan bahawa perhiasan yang biasa terlihat ialah muka dan kedua tapak tangan...
Astaghfirullah..berikut adalah beberapa aspek dalam penutupan aurat secara sempurna yang cuba saya perbaiki:

  1. Bahagian bawah dagu.
  2. Stokin kaki, terutama apabila saudara-mara atau tetamu datang ke rumah. Hanya sempat capai (bahkan kadangkala sudah menjadi kebiasaan) tudung sahaja tanpa memakai stokin kaki. 


Itu adalah kelemahan diri saya terutama sekali bahagian bawah dagu. Pernah saya terbaca artikel di akhbar dalam sesi soal-jawab agama, ada ustaz yang menyatakan bahawa bahagian bawah dagu itu adalah antara perhiasan yang biasa terlihat..Bermakna ia bukannya aurat seorang wanita..
Namun mengapa tatkala solat kita berusaha menutupnya?Bukankah aurat kita sama sahaja seperti dalam solat?
Lantas saya bertanyakan soalan ini kepada seorang ukhti:

Syahida: Kak, bawah dagu kita ni aurat tak?
Ukhti: Awak rasa?
Syahida: Tak kot..
Ukhti: Kenapa awak rasa macam tu?
Syahida: Sebab bawah dagu ni dikira sebahagian dari muka kita kan?
Ukhti: *Senyum* Erm, waktu ambil wudhu', awak cuci bahagian muka tu sampai ke bawah dagu ke?
Syahida: Tak...
Ukhti: Haa,makanya..Bawah dagu tu bukan sebahagian dari muka la kan?

Alhamdulillah..perbualan yang ringkas tapi padat...Padat dengan isi dan info yang bakal menyelamatkan saya dari menanggung dosa sebab terdedahnya aurat..InsyaAllah :)

Ayuh kaum muslimin dan muslimah kita tutup aurat! Terutama kaum muslimah..Usah rasa bahawa menutup aurat ini suatu yang kuno sampai menghalang kita dari berfesyen..Usah rasa hukum wajib menutup aurat ini suatu paksaan bahkan bebanan dalam beragama..Kerana Allah sayangkan kitalah Allah mahu kita terhindar dari segala fitnah dan dugaan...Yakinilah bahawa sesuatu yang berharga perlu disimpan dan dibalut rapi agar kesucian dan harganya terjaga..Kerana Allah menghargai kita lantas Allah mewajibkannya..Alhamdulillah! :)
Mari ubah persepsi lelaki tatkala melihat kita dari Aww-rat! (beserta syahwat) menjadi Aurat (beserta hormat)..InsyaAllah :)


Ayuh berubah ke arah kebaikan :)
InsyaAllah

P/s: Wahai muslimah solehah, usah dipertontonkan aurat dan perhiasanmu kepada mereka yang haram secara percuma, jika suamimu pun perlu membayar mahar untuk memilikinya :)

Wallahu'alam

*gambar dan imej dari: syahirul.com (https://www.facebook.com/syahiruldotcom)

2 comments:

  1. Jom tutup aurat! Nak berfesyen xde masalah kan?Cuma kena tutup tempat2 yg seharusnya ditutup (^_^) Thanks 4 sharing~

    Intan letak link blog syahida kat List'Sayang cayang'! Hehe :)

    Salam ukhuwafillah~

    ReplyDelete
  2. intan: jom tutup aurat! :)
    betul2..kita masih boleh bergaya dan berfesyen but in modest way :)
    sama2 kasih intan :)

    whoah!terima kasih intan sbb letak link syahida..
    syahida pun sayang cayang intan :p

    salam ukhwah fillah kembali~

    ReplyDelete