Saturday, September 24, 2011

Hijab


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengupdate blognya :)
Sekadar untuk berkongsi pengalaman diri..
Semalam (23/09/11) saya telah ke midvalley untuk memberi barangan keperluan diri dan dapur..
Sedang saya berjalan di dalam Carrefour, saya telah disapa oleh seorang hamba Allah ni: Assalamualaikum ustazah!
Saya yang sedang berjalan bersama kawan saya sekadar tertunduk dan tersenyum (menahan gelak)..Lantas kawan saya menarik dan memimpin tangan saya...Risau barangkali...
Pesanan buat saudara: Jangan diukur solehahnya seseorang pada labuh tudungnya. Mungkin saja iman saya lebih rendah daripada mereka yang bertudung biasa.Mungkin saja amal saya lebih buruk dari insan biasa.nauzubillah

Sejurus selepas itu, saya mencari bahan-bahan untuk memasak Ddeokbokki 떡볶이 - Spicy Korean Rice Cakes

Sambil berjalan dekat Jusco tu..
Ternampak booth yang menjual makanan-makanan segera Korea..
Lantas saya menghampiri booth tersebut..
Alhamdulillah..seorang chinese aunty sedang menyediakan samplenya...
Saya cuba mengambil kesempatannya untuk merasa masakan ni..
Sebelum dia menghulurkan sample makanan tersebut..
Aunty ni berkata: I am sorry.but could you please check the ingredient 1st before you eat..Since it doesn't have Halal symbol on the packing
Allahu akbar!dia lebih concern mengenai Halal atau Haram berbanding kaum muslim (termasuk diri ni) sendiri!
Lantas saya membalas pertanyaan beliau dengan senyuman sambil menge-check kandungan bahan-bahan tersebut..
Alhamdulillah..semuanya dari tumbuh-tumbuhan..
Dan saya menjawab: It is halal aunty, since it all made from plant-based ingredients :)
Barulah dia menghulurkan sample makanan ddeokbokki tersebut..
Pertama kali makan terasa seperti makan chilli paste..
Berkelat-kelat jugak muke ni..
Tapi nekadkan diri untuk "memelayu"kan masakan ni..*sebab dah teringin sangat* :p

Moral values from the experience: Jagalah agamamu dalam kehidupanmu, insyaAllah agamamu akan menjaga hidupmu :)
  1. Manakan tidak, seandainya saya tidak bertudung seperti yang islam anjurkan..mungkin saya diganggu dengan hebat lagi oleh orang-orang di luar sana bukan setakat dengan usikan: Assalamualaikum ustazah!
  2. Seandainya saya tidak berhijab seperti yang Allah tuntut, mungkin saya tidak dikenali sebagai individual muslim dan tidak diterangkan status halal dan haram sesuatu makanan tu oleh aunty tadi :)
  3. Dan pesanan untuk pengeluar produk-produk Korea yang sedang menembusi pasaran negara Islam seperti Malaysia, seeloknya dapatkanlah sijil Halal dahulu.Ia bukan sahaja 1 praktis menunjukkan kalian menghormati umat Islam, bahkan dapat membantu pasaran produk kalian.insyaAllah :)

2 comments:

  1. Assalamualaikum enti,

    sekadar berkongsi sedikit ilmu,

    ALLAH pernah berfirman, ertinya:
    "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. 33:59)

    kalau kite tgok balik entry enti td, dgn firman ni, ia selari. wanita2 islam lebih mudah dikenali dan disegani.. seperti cerita enti yg nak try rasa korean fast food (rase2 btol kot) dan sapaan org "ustazah".

    dan pendapat sy, xde istilah "tunggu hati terbuka" or "blom smpai hidayah". hukum berjilbab adalah MANDATORI. dan kite sebagai hamba, kene patuh kepada arahan-NYA. seperti kite patuh kepada majikan kite..

    sekadar berkongsi, jikalau ada tersilap, perbetulkanlah sy,

    jazak-ALLAH.

    Solo Sniper

    ReplyDelete
  2. Fakhrulnaim: Alhamdulillah..
    ana bersetuju dengan enta :)
    terima kasih atas perkongsiannya

    ReplyDelete