Bismillah ar-rahman ar-raheem...
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengupdate blognya :)
Alkisah, baru-baru ini ada seorang hamba Allah yang katanya berkenan dengan saya (wallahu'alam)
Perkenalan kami cukup mudah, sewaktu saya menjalani sesi attachment di salah sebuah hospital...
Si dia merupakan pharmacist di situ...kami tidak berbual dan tidak bertegur sapa...
Sekadar dia memberi pinjam kadnya untuk membolehkan saya akses pintu-pintu di hospital..
Perkenalan kami setakat di situ...
Pada suatu hari, saya ternampak akan FB nya.lantas saya add si dia untuk mengucapkan terima kasih atas jasanya..*kerana saya tidak berterima kasih kepadanya sewaktu memulangkan kad dia*
Atas sebab-sebab tertentu, si dia meninggalkan nombor fon nya di inbox mesej FB
Dan atas sebab tertentu juga saya menghubunginya..
Pada keesokan harinya, dia menyatakan hasratnya bahawa dia meminati saya dan ajak saya mencari cincin untuk bertunang...
Allahu rabbi!saya tegaskan pendirian saya bahawa sungguhpun andai kami bertunang, si dia tetap tidak akan mendapatkan cinta saya sehingga lah kami menikah..
Saya katakan padanya: CINTA SAYA BUAT YANG HALAL SAHAJA
Alhamdulillah..dia faham..lantas dia ajak menikah tahun depan yakni selepas saya selesai menghabiskan sesi pembelajaran saya...
Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya ingin selesaikan tempoh housmanship@practical saya selama setahun.lantas saya mengatakan kepadanya: Andai awak sanggup tunggu, silakan...Andai tidak, sila cari yang lain
Secara jujur, kami jarang menghubungi 1 sama lain atas dasar ingin menjaga hati masing-masing..
Kami bimbang andai maksiat akan beraja di hati kami...
Kemudian pada bulan Ramadhan lalu, seusai solat terawih..saya mendapat mesej darinya bertanyakan: Siapa lelaki ajnabi yang ada di hati awak sebenarnya?
Saya membalas mesej tersebut: Demi ALLAH, tiada.
Kemudian kami kembali senyap tanpa menghubungi 1 sama lain...
Dan semalam sekali lagi saya mendapat mesej darinya berbunyi: Salam syahida..awak jangan tunggu saya lagi..kita jadi kawan..saya tak layak untuk awak..saya tak dapat bagi komitmen pada awak..
Dan saya membalas mesej tersebut: Assalamualaikum.Baik.insyaAllah.Maaf atas segala salah silap sepanjang perkenalan kita
Dan kami kembali senyap :)
Alhamdulillah..saya kembali lega :)
Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu...
Kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, kata-kata manja yang menggoda yang boleh meruntuhkan iman...
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu...
Cuma keperibadiannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu...
Jika kau tetapkan ia atas jalan yang diredhaiNya, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama :)
:) |
Taaruf-->Khitbah-->Istikharah-->Nikah
InsyaAllah :)
NO COUPLE BEFORE AKAD
InsyaAllah :)
NO COUPLE BEFORE AKAD
Assalamualaikum syahida, intan punye blog dah ok! sukenyer intan bace post syahida kali ni,Allah menjagamu andai kamu menjaga Allah!
ReplyDeleteInsyaAllah intan pasti ada yang terbaik buat syahida..intan doakan! study baik2 ye! sayang fillah~
waalaikumussalam wbt intan :)
ReplyDeleteye ke? Alhamdulillah ^_^
intan suke?err..segan lak syahida..syahida ni saje2 conteng kt blog ni :p
insyaAllah..Allah akan menjaga kita selagi mana kita menjaga Allah dalam hati kita :)
ameen~
syahida pun yakin sebegitu..insyaAllah ada yang terbaik utk kita..
wah!!!xmo balik UM :(
ape2 pun terima kasih atas doanya intan :)
uhibbuki fillah! (",)
suke! boleh tahu syahida ni tegas dalam menjaga pergaulan dengan lelaki, ade sedikit persamaan kita, patutlah rasa terpanggil nak bersahabat dengan syahida,Allah mudahkan pertemuan antara kita jugak haritu..Alhamdulillah!
ReplyDeleteBelaja rajin2 ye! tak lama dah tu, sekejap je lagi nak abis, nanti dah grade mesti rindu pulak time study, All the best dear! (^^,)