Friday, October 14, 2011

kesan istikharah

multiple choices in life.
each choice may have its own consequences

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.hari ni berjaya mencuri dan mencari masa untuk nge-update blognya :)
Berkaitan dengan tajuk, yakni: Kesan Istikharah
Stigma pemikiran muslim (khususnya Malaysia) untuk mengaitkan istikharah terbatas untuk urusan pemilihan jodoh semata-mata.

Tidak

Stigma tersebut harus diperbetulkan agar dapat membantu kita untuk lebih memahami konsep istikharah ini.
Istikharah bukanlah sekadar untuk menentukan pilihan jodoh semata-mata, akan tetapi ia juga boleh diamalkan dalam proses membuat apa-apa pilihan yang diberikan dalam hidup kerana segala sesuatu itu dalam pengetahuan Allah, maka hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita (sememangnya)


Seperti kata omputeh: Life is about making choices
Dan ditambah oleh saya yang tak berapa nak puteh: And He is the one who's responsible to give us the choices. Thus, to Him we should refer to. Allahu'alam


Doa solat istikharah


Alhamdulillah.Kesan istikharah yang saya amalkan dahulu kian menampakkan kesan.
Terutama pilihan untuk meneruskan sesi pembelajaran seusai tamat SPM.
Sebelum keputusan SPM diumumkan, saya telah mendapat panggilan temuduga untuk meneruskan pengajian di UK dalam bidang kejuruteraan.Namun, istikharah saya memberikan jawapan: Tidak
Kemudian, saya mendapat tawaran UPU untuk meneruskan pengajian di Pusat Asasi UM dalam bidang Sains Fizikal serentak bersama tawaran Matrikulasi...Alhamdulillah, istikharah saya menjawab kepada Matrikulasi
Selepas saya selesai menghabiskan program Matrikulasi saya, saya mendapat offer untuk meneruskan pengajian di Universitas Padjajaran, Bandung bagi bidang perubatan atau farmasi di bawah tajaan MARA. Namun, pilihan saya lebih ke arah jurusan farmasi kerana saya semampu boleh untuk tidak melibatkan diri dalam bidang perubatan yang memerlukan pengorbanan yang besar once i choose it and it lasts for the entire of my life *ya Allah,kurniakanlah keberkatan kepada para doktor yang banyak berkorban ini*
Dan pada masa yang sama, saya juga mendapat tawaran jurusan Farmasi yang menjadi pilihan pertama saya dari Universiti Malaya. Hanya tawaran meneruskan pengajian tanpa tawaran biasiswa.
Allahu Allah. Saya dalam dilema. Ingin meneruskan di Bandung berserta biasiswa kah ataupun di Malaysia tanpa biasiswa yang pasti?
Sekali lagi, istikharah dilaksanakan. Alhamdulillah, saya menolak tawaran MARA. Nekad memilih UM tanpa biasiswa yang jelas.
Dan kuasa Allah mendahului segalanya, sejurus saya mendaftar di UM, saya mendapat offer tajaan JPA :)
Kemudian baru-baru ini, pihak kementerian kesihatan Malaysia telah mengumumkan tentang pemendekan tempoh khidmat wajib bagi pegawai farmasi dari 3 tahun kepada 1 tahun atas sebab-sebab yang tertentu.

Pemendekan tempoh servis kerana sektor swasta kekurangan bilangan pegawai farmasi

Allah!saya jadi risau.Ini bermakna saya perlu bersaing dengan graduan-graduan farmasi dari universiti tempatan, kolej swasta, dan oversea graduates untuk pekerjaan.
Namun, Alhamdulillah, kesan istikharah mula memberikan jejak dan impak.

Pelajar tajan JPA tidak terlibat dengan pemberitahuan ini

Alhamdulillah wa syukurillah. Kemudian saya terfikir: Bagaimana jika saya tidak melakukan istikharah dan menerima tawaran MARA dahulu?


ما شاء الله
لا حول ولاقوة إلا بالله


MasyaAllah. Tiada daya kuasa atau kekuatan melainkan dengan izin ALLAH


Moral of the post:

  1. Istikharah tidak terbatas hanya untuk urusan pemilihan jodoh.
  2. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon petunjuk memilih yang baik menurut pengetahuanMu. Ya Allah, jika Dikau mengetahui bahawa urusan ini baik bagiku, agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkanku padanya..

Allahumma ameen~

4 comments:

  1. ^__^ Subhanallah..

    p/s: akak, kalefulnyee~ ;))

    ReplyDelete
  2. liyana: :)

    mas: subhanallah! :)
    skg mas kat HTAR ye?mcm mne keadaan kat sana?ok? ;)

    p/s: hihi~ mas suke x? :p

    ReplyDelete
  3. Banyaknya tawaran! Hebat! Congrats hehe

    ReplyDelete