bankrupt due to excessive shopping disorder |
Assalamualaikum. Alhamdulillah.Masih "berusaha" mengupdate blognya setiap hari (memandangkan deactivation of my fb account, thus, i'm diverting my focus towards my blog.Although i know, i have less "readers" here rather than dekat fb.hehehe) *syok sendiri* =p
Semalam, bersamaan 15 Oktober 2011, hari Sabtu. Saya dan rakan-rakan serumah telah berjaya mencari masa (Fuh!finally!) untuk keluar bersama-sama dan bershopping sedikit (sesuai di aplikasikan kepada kawan-kawan dan bukan saya.haha.)
Kami bertolak selepas solat zohor, kira-kira pukul 2.30pm dan kami selamat sampai ke rumah sekitar pukul 9.50pm (bayangkan.kami solat asar,maghrib dan isya' di luar.kalau ibu tahu ni, mesti dia risau.almaklumlah.anak daranya pulang malam)
Kami mulakan aktiviti dengan lunch terlebih dahulu di foodcourt Sogo. Saya makan chicken chop, whereas ada yang makan sizzling noodles, etc.
Alhamdulillah.Selesai menambahsempitkan perut, kami terus meneruskan aktiviti nyopping kami.Sempatlah beli kasut dan beberapa pakaian di sana.
Tiba-tiba si kekasih hati (of kos ibu!) telah call.
Sedang kami asyik berbual, tiba-tiba soalan "maut" terpacul dari mulut ibu.
Ibu: Awak dah ada pakwe tak?
Syahida: Takde bu, semua jodoh da lari (sambil gelak-gelak kecil)
Ibu: Itu doa tu.
Syahida: Eh,tak tak bu.Gurau2 je.hehe.Ibu carikanlah.Ude tak reti la.
Ibu: Nanti ibu carikan awk tak berkenan pulak macam Angah.Ibu da carikan.Dia tak berkenan pulak.
Syahida: *Menukar topik perbualan*
Siapa lelaki itu, masih menjadi persoalan. Ia di dalam rahsia Allah. Sabar menunggu dan sabar mencari. |
Selesai berbual dengan ibu dan ayah, kami kembali "menawaf" Sogo.
Sedar tak sedar jam menunjukkan sudah pukul 5.30pm. Lantas kami solat asar di surau Sogo (Alhamdulillah.Surau masih penuh.Menjadi indikator bahawa umat Islam di Malaysia masih mengamalkan ajaran Islam)
Selesai solat asar, kami jalan-jalan di sekitar jalan TAR dan Masjid India.Kami pun meneruskan aktiviti kami nyopping dan nyopping dan nyopping.hehe
Sempatlah mengaut beberapa tudung dan baju labuh :)
Konklusi: Pada hari itu sahaja, saya telah terbeli:
- 1 pasang kasut
- 3 helai baju (1 kemeja, 1 dress labuh, 1 pasang baju kurung)
- 2 helai tudung
- 1 beg
Sedang leka berjalan, kedengaran suara azan di laungkan.Lantas kami bergegas ke Masjid di sana untuk menunaikan solat fardu maghrib.
Sedang saya menunggu fardu isya' selepas solat fardu maghrib, kelihatan kelibat seorang kanak-kanak yang lusuh bajunya sambil menangis teresak-esak. Lantas saya mendekati kanak-kanak tersebut.
Syahida: Kenapa nangis ni sayang?
Adik: Tadi saya jatuh dekat tangga masjid.
Syahida: Ya Allah.Habis tu berdarah tak? *Sambil mengurut tempat yang dia urut di badannya*
Adik: Sakit.. *Sambil menyeka airmatanya*
Sedang berbual dengan adik tersebut, kelihatan seorang warga tua yang OKU berhampirannya. Berdasarkan pemerhatian saya, makcik tersebut merupakan pesakit Scoliosis yang teruk sehingga menyukarkannya untuk berjalan.
Severe scoliosis |
Saya berbual seketika dengan makcik tersebut. Rupa-rupanya beliau merupakan emak kepada kanak-kanak tersebut. Saya sempat berbual dengan mereka dalam 15-20minit sahaja sebelum azan isya' berkumandang. Secara ringkas, melalu perbualan tersebut saya mendapati makcik tersebut merupakan seorang OKU yang bekerja sebagai cleaner di salah sebuah sekolah di JB. Tujuannya datang ke KL adalah untuk menyelesaikan urusan duit kebajikan bagi menampung kos sara hidup buatnya dan anaknya. Beliau sudah kematian suami dan hidup menyewa di sekitar JB.Beliau akan tidur di masjid sehingga hari Isnin untuk menyelesaikan urusan tersebut.
Allah!bagaimana mungkin seorang OKU bersama seorang anak kecil boleh disuruh ke sana ke mari untuk menguruskan hal-hal seperti ini?Di mana peranan pihak-pihak berwajib? Sedangkan beliau sendiri perlukan bantuan untuk bergerak ke sana ke mari, adakah wajar kita menyuruh mereka berjalan jauh-jauh di negeri yang asing bagi mereka tanpa mempedulikan kebajikan mereka?entah tidur di mana,makan apa?
Seusai azan isya' dilaungkan, saya sempat meninggalkan pesanan buat adik tersebut.
Syahida: Adik belajar sungguh2.Jangan nakal2.Jangan susahkan emak.Jaga mak tu tau *Kelihatan terukir senyuman di wajah makcik tadi*
Adik: Baik kak.. *Sambil dia pun tersenyum*
Syahida: Ni makcik, duit yang tak seberapa untuk tampung makan minum makcik dengan anak makcik utk 1-2 hari ni.
Makcik: Terima kasih nak.. *Saya senyum dan terus bergegas ke hadapan untuk menunaikan solat fardu isya'*
Moral of the post:
- Ingatlah. Mereka memerlukan kita untuk urusan dunianya. Sedangkan kita memerlukan mereka buat urusan akhirat kita. Usah kedekut! Dalam harta kita ada hak mereka.
- Harta dan nikmat bukan untuk di riya' tapi untuk di infak.
Allahu'alam
Assalamualaikum
ReplyDeleteMemang itulah realiti hidup di Malaysia. Maaf, sejak kebelakangan ini, rasa macam ada saja nk kritik *bukan kutuk* pentadbiran di Malaysia ni (pengakuan jujur!). Masakan tidak, masih banyak kebajikan inidividu2 tidak dijaga. Bajet hebat dicanang, tapi aspek kebajikan rakyat masih belum diliputi sebelumnya. Masih ada lagi pihak yang 'tertinggal'.
Sesetengah rakyat Malaysia pula masih memndang skeptical & remeh tentang isu kebajikan ni. Nampak je orang2 yg susah, minta sedekah, ada saje 'buruk sangka' nye, Nauzubillah. Berkira sangatkan mahu menderma, biarpun kita tidak tahu apakah keadaan sebenar org yg minta sedekah itu. Biarlah, kalau dia menipu sekalipun, hanya Allah sahaja yg layak menghukumnya.
Terima kasih di atas postnye, banyak membantu dlm muhasabah diri dlm melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
Amira: waalaikumumussalam wbt
ReplyDeletekritik dan kutuk adalah 2 perkara yang punya perbezaan yang ketara :)
kutuk adalah disertai dengan tujuan ingin mencari kelemahan dan menjatuhkan
manakala kritik adalah mencari titik kelemahan demi tujuan penambahbaikan.insyaAllah :)
Sebelum memberi haruslah membuat penilaian dan pertimbangan. Adakah layak mereka ini menerima bajet sedekah kita? Adakah mereka tidak mengambil hak mereka yang sebenar-benarnya layak?
Manakala selepas memberi haruslah melupakan kebaikan yang telah dilakukan tersebut dalam usaha melahirkan ikhlas :)
Sama-sama kasih kerana sudi bc post yang xseberapa ni.Sekadar sebuah perkongsian yang biasa-biasa =P
Wallahu'alam
"Erti hidup pada memberi" bak kata Ustaz Hasrizal.
ReplyDeleteLagi banyak kita beri, lagi banyak yang Allah akan beri pada kita, insyaAllah. :)