Saturday, July 14, 2012

Alhamdulillah




Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah...dengan izin Allah diri ni telah selamat menjadi tunangan orang...
Moga perhubungan ini berakhir dengan pengakhiran yang terbaik dari ALLAH...Allahumma ameen~




Perhubungan kami sangat unik (atau aneh atau pelik barangkali)
Kami tidak:

  1. Bercinta
  2. Apetah lagi berdating
  3. Bergayut? ALLAH...lagi la tidak
Dan kami juga tidak punya sebab untuk bertunang.


Kami benar-benar meletakkan kepercayaan pada qada' & qadar Allah.kerana sebelum dia mula berkawan dengan saya, saya pernah menyatakan pada dia agar dia melakukan istikharah atau meminta kepada Allah akan petunjuk dan saya juga melakukan perkara yang sama.

Tidak lama selepas itu, keluarganya ada menziarahi keluarga saya :) walaupun pada masa itu masih samar-samar kerana tiada kenyataan yang jelas.





Saya even meng"google" dirinya untuk mengetahui tentang dirinya...hehe *teramatlah segan untuk bertanya dengan tuan punya badan*

Dan Alhamdulillah.segala puji dan puja bagi Allah.
Saya telah dikhitbah olehnya melalui ibu ayah saya sewaktu saya sedang menghadapi peperiksaan final semester *yang mana esoknya saya ada paper Pharmacy Industry and Regulatory Control* dan ibu merahsiakannya sehinggalah saya menamatkan peperiksaan  & viva (thesis presentation) saya.
Alhamdulillah

Sewaktu kami berjumpa untuk berbincang tentang hal pertunangan (namun tidak berdua-duaan), Allah...bukan saya tidak sudi berbual dengannya...cuma perasaan malu itu masih menebal *sampai sekarang*

Secara jujur, persiapan pertunangan ini mahupun barang hantaran banyak diuruskan atau disediakan oleh ibu saya. Terima kasih ibu.

Kita telah ditakdirkan oleh Allah untuk bertemu tanpa bercinta. Semoga Allah redha dengan perhubungan ini.insyaAllah

Dan dia telah mengajar saya satu pelajaran yang cukup besar:
Tak semua benda perlu bersebab. Kerana takdir Allah itu sendiri sudah bersebab. Dan tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu atas sebab yang sia-sia. Allahu'alam.

p/s: Terima kasih buat keluarga bakal mertua kerana sudi membuka ruang untuk diri yang serba dhaif ini. Mana yang kurang harap ditambahi. Mana yang silap harap dapat diperbetuli.insyaAllah :)


Terima kasih juga buat saudara mara yang sudi bertungkus lumus memeriahkan majlis. 


Tak lupa juga buat kawan-kawan yang sudi hadir meraikan majlis. 


Allah jualah yang layak membalasi jasa kalian. Jazakumullahu khairan kathira :)

Video ringkas tentang kami. Tentang apa yang saya ingin dia tahu namun tidak terberitahu =_="
Segalanya urusan dikembalikan kepada Allah jua...
Allahu'alam




10 comments:

  1. congratz cuzzy. u look pretty =)

    ReplyDelete
  2. hehe.much thx iqa :D
    nape tidak datang?

    ReplyDelete
  3. ika xtau pun awak de buat mjlis. maktok x inform pon. lgpon ika still de kat kl, tgh internship skrg ni.

    ReplyDelete
  4. oh.ye ke?ok2.igtkan ade kt jb.hihi :)
    cane intern?
    ok x? :D
    ika convo oktober ni kan? :D

    ReplyDelete
  5. intern sgt ok. hehe. eh, taklah. ika de lg stahun after intern ni. kitorg nye internship mmg buat tgh2 after 3rd year, b4 msuk 4th year. =)

    ReplyDelete
  6. tulisan aawk still same lg dari dlu smpi skrg....
    *xde kene mengena kan?*

    ReplyDelete
  7. Tahniah syahida :) no nothing about this ...huhu :(

    ReplyDelete
  8. liyana: hehe.tulisan saya xberubah pun kan~
    macam tulisan kekanak riang ria pampers :p

    Nur: terima kasih Nur :)
    maaf x beritahu. sbb sekadar bertunang :(
    insyaAllah walimahnye nnt syahida maklumkan kpd Nur ye :)

    ReplyDelete
  9. baik :) harap dpt jumpa syhda sekali sbl walimahnya..hee, entah tercapai ke tidak :D

    ReplyDelete
  10. bertuahnya en.M dpt pesanan video mcm tu. tak sangka kisah en.M dgn tunangnya seindah ni. mmg sgt indah~~ sbb tu lah org kata janji2 Allah tu kadangkala penuh dgn teka-teki tp ianya pasti kan. sweet!!

    ReplyDelete