Wednesday, November 7, 2012

Transformer

Transformers super!
Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak nge-update blognya. Tiba-tiba bagai petir menyambar bumi, tak diduga dan tak dijangka keinginan untuk nge-update blog datang membuak-buak (Ok. Ni super hyperbola).
Hehe, sebenarnya tak tahu harus mencoret apa dekat blog ni. Semestinya sesuatu yang baik. Addeenul nasihah. Agama itu nasihat. Ohooi Syahida, sila tulis yang baik-baik.
Cuma berkaitan apa, masih diragu-ragu dan digaru-garu (kepalanya).
Dah lama tak menulis ni, makin hilang skill bermadah helah. Allahu Allah.
Sekadar nak kongsi berkenaan hijrah dalam konteks perubahan diri.
Alhamdulillah atas hidayah yang Allah kurniakan buat diri ini.
Suka untuk saya kongsikan tentang penghijrahan diri saya.

Pemikiran Syahida yang dahulu

  1. Seorang yang merasakan Allah itu jauh. Jaaaaauuuuhhhhh sangat-sangat. Ini adalah tidak benar! Allah itu qarib (dekat). Lebih dekat dari urat merih di leher kamu tu. Dia (Allah) tidak pernah jauh, cuma kamu yang suka menjauh. Dan kesan & akibat daripada pemikiran seperti ini ialah: Kamu hilang keyakinan dan ragu-ragu terhadap kekuasaan Allah. Astaghfirullah al-azim. Bagaimana nak jadi pencinta super andai diri sendiri tak yakin dengan dicintainya?
  2. Seorang yang menutup aurat secara tidak sempurna. Ohooii... Seluar kemain lagi "ramping" habis. Baju pun sama, tak nak kalah. C'mon lah. Allah dah bagi badan ramping, haruslah dikongsi-kongsi tatapannya. Salah. Ini adalah serendah-rendah pemikiran. Benda yang baik, perlu di balut elok-elok. Dijaga rapi-rapi. Kalau semua dah didedah, apa yang tinggal? Wanita tu kan seindah-indah hiasan dunia. Allah nak jaga kamu (bukan menindas kamu), sebab tu disuruhnya kamu tutup aurat. Ingat wanita, makin didedah, makin murah. Display item...huish~ Berapa harganya ek?
  3. Tabarruj (berhias secara berlebih-lebihan) tidak salah. Omak ehhh... Allah tu kan indah & mencintai keindahan. Cewah! Dan-dan keluar ayat ni. Kenyataan tu tak salah, yang salah pemahaman kamu berkenaan ayat tersebut. Benar Allah itu indah dan mencintai keindahan. Tapi janganlah kamu dok berhias sana-sini, mekap tebal 25 inci, bulu mata palsu bak bulu merak kayangan sampai menaikkan syahwat kaum Adam yang melihat. Cukup sekadar sederhana & kemas. Kaum Hawa, jangan terlalu mengancam, bimbang-bimbang kaum Adam terancam. Kalau nak mengancam, ancam suami kamu je nanti (uish. Lain macam pulak bunyinya. Hehe).
  4. Bangganya ramai mamat yang minat! Ohhhhh nooooooo.... Ini lagi satu pemikiran yang sangat rendah serendah sekolah rendah. Saya bagi 1 situasi: Si S ada ramai peminat memandangkan dia begitu ranggi (cewah) dan bergaya tak hengat. Memang itu objektif dia berhias. Supaya di suit-suit (ala yang macam burung bercip-cip tu) dan di ngorat mamat-mamat yang melihat dia. Ini hipotesis beliau: Semakin ramai peminat, semakin berharga dirinya (bak kata Loreal, kerana diriku begitu berharga). Situasi 2: Si M jarang di suit-suit mahupun di ngorat oleh jejaka-jejaka di luar sana kerana penampilannya yang begitu solehah sehingga menimbulkan rasa segan & hormat di hati jejaka-jejaka yang memandangnya. Tiba-tiba 1 hari, dia dikhitbah (dilamar) oleh jejaka soleh melalui ibu bapanya. Yang mana lebih berharga? Si S atau Si M? Mungkin si S mempunyai ramai peminat. Tapi minat mereka sekadar untuk menjadikan dia stok sedap-sedap (pergh! ini bahasa kasar yang saya belajar dari orang yang kasar juga. Maaf andai mengguris perasaan. Tujuannya adalah untuk menyedarkan). Ingat! LAKU bukan bermakna ramainya buayafriend.Tapi LAKU adalah singakatan bagi Lamar Aku. Lamar aku supaya kita dapat tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah bersama-sama.
Jahil bukan pemikiran saya yang dahulu? Terasa bangang teruk sangat kerana mempunyai pemikiran yang sedemikian. Namun, Allah maha kuasa. Sungguh saya selalu bersangka buruk denganNya, namun kasih sayangNya mendahului murkaNya. DiberikanNya saya hidayah. Hidayah untuk berubah. Berubah kepada hamba yang lebih baik. AMEEN!

Dari bersolek tebal kepada kemas. Dari berbaju sendat dan padat kepada longgar. Dari membungkus rambut ke tudung yang menutupi dada.

Jika niat kita untuk berubah kepada lebih baik, insyaAllah Allah akan hantarkan mereka-mereka yang baik untuk membantu kita. Semoga diri ini terus dipertemukan dengan mereka yang baik- baik. InsyaAllah.

2 important points untuk post kali ni:
  1. To please Allah is rather important than to please people.
  2. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Allahu'alam

Dengan ayah si buah hati tercinta. Kemas bukan?


Dengan Kak Ngah yang banyak bantu diri untuk berubah.

Tengah rumput. Eh?

Baju spesel dari insan spesel. Haa! Fikir bukan-bukanlah tu. Perempuanlahhhhh =)

Kasut peberet. Eh ape kaitan eh?

Udah-udah lah di upload picturenya. Macam spam lak. Bukan apa. Niat nak tunjuk yang kecantikan kita mampu terserlah tanpa perlu mendedah. Dan baaaannnyyyaaakkk baju-baju muslimah yang cun-cun sekarang ni =)

Allahu'alam

No comments:

Post a Comment