Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah. Segala telah selesai. Tinggal urusan walimah sahaja.
Alhamdulillah, pagi tadi saya telah selamat dinikahkan dengan suami yang yang terkacak bergaya soleh terbaik terbijak dan segala yang baik yakni saudara Mohammad Mahyuddin bin Khalid :)
Secara jujur pada mulanya saya seakan berperasaan neutral terhadapnya.
Benci tidak. Sayang pun tidak.
Kami tidak berdating sebelum nikah. Tidak bergayut. Tidak melafaz kata-kata jiwang.
Bahkan a day before nikah saya bekerja dan pulang malam! (time tu baru nak perkemas hantaran, pakai inai, kemas bilik dan sebagainya)
Seakan tidak excited.
Sewaktu diijabkabulkan, perasaan sebak mendominasi diri.
Sebak kerana tawa tangisan saya yang dahulunya milik ibu ayah kini diserahkan kepada sang Suami.
Namun, tatkala dia membaca khutbah nikah. Allahu rabbi!
Bacaannya lancar! Bacaan qurannya juga fasih! Seakan khatib sedang memberi khutbah.
Hati mula jatuh suka saat itu.
Selesai urusan nikah, kami makan berdamai dan keluar untuk outdoor photoshoot (disebabkan kekangan masa. Masing-masing sibuk)
Segan! Malu! Allah... Semua ada. Photographer minta pegang tangan. Allah. Laju jantung!
Photographer suruh pandang muka. Allahu rabbi! Macam Usain Bolt dah jadi jantung ni.
(Nasib baik photographer muslimah. Taklah kekok sangat).
Almaklumlah. Kami tak pernah berdating. Dan saya juga jarang melihat wajahnya melainkan jika perlu apetah lagi untuk menyimpan gambar dia dekat hp mahupun lappy.
Usai photoshoot kami pulang untuk solat zohor.
Saya meminta dia menjadi imam saya untuk kami solat zohor berjemaah.
Saya iqamat. Dia angkat takbir jadi imam.
Selesai solat, dia baca doa dan saya ameenkan.
Selepas bacaan doa saya salam dan cium tangan dia tanda hormat (sebagaimana saya lakukan ketika berjemaah dengan ayah ibu & keluarga).
Dan dia membalasnya dengan mencium ubun-ubun kepala saya.
Allah! Manis! Sungguh manis perlakuannya.
Setelah itu saya & kak ngah menghantarnya pulang berjumpa keluarganya.
Maka benarlah janji Allah. Bahawa cinta mengikut syariat yakni cinta yang halal itu lebih terasa nikmatnya.
Allahu akbar. Allah maha besar!
Oklah. Nak siap-siapkan dewan untuk walimah esok. InsyaAllah.
Sekadar berkongsi cerita yang tidak signifkan. Hehe
Wassalam.
p/s: lepas ni rindu dia dapat pahala. sayang dia dapat pahala. gayut dengan dia dapat pahala. insyaAllah! :)
kekok kok kok |
jeling 2 saat |
Halau kucing yang nak interframe |
Candid. Teaser & non-edit dari camera photographer |
Candid. Teaser & non-edit dari camera photographer |
Video untuk dia yang saya buat sewaktu kami baru bertunang dahulu. Alhamdulillah. Semuanya selesai :)
tahniah syg :) i'm really happy for both of u
ReplyDeletecan't wait to see u, soon :) really hope that
Bestkan..sume dah halal! akak pun baru nk belajar bercinta ni..best! alhamdulillah..jom jadi isteri solehah! Lps kawin ni phl shoot up gile2! inshaAllah... heee
ReplyDeletealhamdulillah syahida...rse touching plak bce. huhu :')
ReplyDeleteniway barakallah..smoga dpt mmbina kluarga sakinah.. amin :)
-eyna chan.
i miss u really much kak syida..May Allah bless you and your husband..insyaAllah..till jannah
ReplyDelete