Saturday, July 14, 2012

Alhamdulillah




Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah...dengan izin Allah diri ni telah selamat menjadi tunangan orang...
Moga perhubungan ini berakhir dengan pengakhiran yang terbaik dari ALLAH...Allahumma ameen~




Perhubungan kami sangat unik (atau aneh atau pelik barangkali)
Kami tidak:

  1. Bercinta
  2. Apetah lagi berdating
  3. Bergayut? ALLAH...lagi la tidak
Dan kami juga tidak punya sebab untuk bertunang.


Kami benar-benar meletakkan kepercayaan pada qada' & qadar Allah.kerana sebelum dia mula berkawan dengan saya, saya pernah menyatakan pada dia agar dia melakukan istikharah atau meminta kepada Allah akan petunjuk dan saya juga melakukan perkara yang sama.

Tidak lama selepas itu, keluarganya ada menziarahi keluarga saya :) walaupun pada masa itu masih samar-samar kerana tiada kenyataan yang jelas.





Saya even meng"google" dirinya untuk mengetahui tentang dirinya...hehe *teramatlah segan untuk bertanya dengan tuan punya badan*

Dan Alhamdulillah.segala puji dan puja bagi Allah.
Saya telah dikhitbah olehnya melalui ibu ayah saya sewaktu saya sedang menghadapi peperiksaan final semester *yang mana esoknya saya ada paper Pharmacy Industry and Regulatory Control* dan ibu merahsiakannya sehinggalah saya menamatkan peperiksaan  & viva (thesis presentation) saya.
Alhamdulillah

Sewaktu kami berjumpa untuk berbincang tentang hal pertunangan (namun tidak berdua-duaan), Allah...bukan saya tidak sudi berbual dengannya...cuma perasaan malu itu masih menebal *sampai sekarang*

Secara jujur, persiapan pertunangan ini mahupun barang hantaran banyak diuruskan atau disediakan oleh ibu saya. Terima kasih ibu.

Kita telah ditakdirkan oleh Allah untuk bertemu tanpa bercinta. Semoga Allah redha dengan perhubungan ini.insyaAllah

Dan dia telah mengajar saya satu pelajaran yang cukup besar:
Tak semua benda perlu bersebab. Kerana takdir Allah itu sendiri sudah bersebab. Dan tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu atas sebab yang sia-sia. Allahu'alam.

p/s: Terima kasih buat keluarga bakal mertua kerana sudi membuka ruang untuk diri yang serba dhaif ini. Mana yang kurang harap ditambahi. Mana yang silap harap dapat diperbetuli.insyaAllah :)


Terima kasih juga buat saudara mara yang sudi bertungkus lumus memeriahkan majlis. 


Tak lupa juga buat kawan-kawan yang sudi hadir meraikan majlis. 


Allah jualah yang layak membalasi jasa kalian. Jazakumullahu khairan kathira :)

Video ringkas tentang kami. Tentang apa yang saya ingin dia tahu namun tidak terberitahu =_="
Segalanya urusan dikembalikan kepada Allah jua...
Allahu'alam




Tuesday, July 3, 2012

TAMAT


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah... atas izin Allah saya telah selesai menamatkan pengajian saya dalam bidang farmasi selama 4 tahun pengajian di Universiti Malaya :)
Banyak yang telah saya lalui sepanjang 4 tahun ni...antaranya: belajar naik bas, belajar naik teksi, belajar beli barang dapur & barang keperluan sendiri, belajar urus diri sendiri, dan macam-macam nilai hidup yang tak dipelajari di dalam dewan kuliah...
Tak terlepas juga ujian Allah...sewaktu 1 minggu dari tempoh thesis submission, pendrive & laptop saya diserang virus...
Allahu akbar...tak fikir apa pun waktu tu...just imagine, all the data gone and you need to redo all the works yang awak dah buat sepanjang 1 semester dalam masa 1 minggu!
mmg betul-betul hopeless & helpless waktu tu...terfikir untuk extend je...*Astaghfirullah al-azim*
Alhamdulillah...bantuan Allah datang dari arah yang tak disangka-sangka.
Teruskan perjuangan yang bersisa *mmg betul2 depress waktu tu* dan akhirnya Allah ganjarkan imbalan yang sesuai dengan usaha yang dikeluarkan :)
syukran jazilan ya Rabb :)
Now, tengah bersenang-senang di rumah sambil membuat kerja mengarut & kerja yang tak berapa mengarut :p
Penat dah nak menaip, silalah tengok video ntahapehapeoii ni.hehe
Wassalam


Sunday, March 25, 2012

us at USS!


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah wa syukurillah.trip ke USS telah selamat pergi dan kembali :)
Perjalanan kami seperti berikut:

Khamis (22/3/2012)
5.00 pm: kelas pharmacy management tamat.
5.30 pm: bertolak ke terminal bas bersepadu selatan (TBS)
6.50 pm: tiba di TBS dan membeli makanan (kelaparan baru habis kelas) di KFC
7.30 pm: bertolak dari TBS ke JB

memakan di KFC @ TBS

muke-muke menunggu bas ke JB (nampak beno penatnye)

Dalam bas ke JB :)

Jumaat (23/3/2012)
12.00 am: Tiba di Larkin Sentral. We divided ourselves into 3:
  1. Bermalam di rumah Nabila: Nabila, Shima & Farah
  2. Bermalam di rumah Fina: Fina, Nik & Ida
  3. Bermalam di rumah Syahida (maaf andai layanan kurang memuaskan): Syahida, Farhana, Tiqah & Dek Wan
5.00 am: Bangun, mandi, bersiap dan solat subuh.
6.30 am: Sarapan
6.40 am: Berkumpul di McD Larkin Sentral (kecuali Nabila & Syahida yang bertolak dari Tune Hotel).
8.15 am: Selesai urusan imigresen Malaysia & Singapura dan tiba di Universal Studio Singapore (USS).
11.00 am: Geng-geng yang lain selamat tiba.Alhamdulillah! (bimbang ada masalah di imigresen.alhamdulillah.tiada.di khabarkan Shima siap boleh kena ngorat dengan abang imigresen lagi.weewit!)
11.30 am: Entering USS.enjoy time!
7.30 pm: Syahida & Nabila balik ke JB. whereas the rest stay di Singapore.
9.00 pm: Selamat tiba di Tune Hotel JB :)

Direct ticket to USS from Tune Hotel JB.

finally! ^_^
bebudak pharmacy :)

my late lunch!lapoooooo =.="

Sabtu (24/3/2012)
Geng-geng Singapore shopping di Singapore and Johor Premium Outlets (JPO)

Ahad (25/3/2012)
9.30 am: Departing from JB to KL.
1.30 pm: Safely arrived TBS.
3.00 pm: Safely arrived rumah sewa (PJ).hehehe :)

ketiduran yang tiada kekontrolan.

ketiduran tanpa kesedaran.

Ketiduran yang terserlah kepenatan.

insan-insan yang tidak ketiduran lantas mengcapture mereka-mereka yang sedang tidur.haha

p/s: kalau nak pergi USS, sila:
  1. Pakai sunblock dengan SPF tertinggi
  2. Bawak shades
  3. Bawak cap
Ape-ape pun, saya sayang kekawan saye! :)


Wednesday, February 15, 2012

class REP?!


Assalamualaikum wbt.
Allahu akbar.
Da lama benar tak nge-update blognya.
Haa, saya baru dalam minggu pertama sesi pembelajaran semester ke8. Di sebabkan itu, saya adalah/mempunyai sedikit masa terluang yang dapat dibazirkan dimanfaatkan menulis blog ni.eceh! =p
Haha, entah macam mana baru-baru ni boleh terpilih jadi class representative (bahasa pasarnye ketua darjah) sem ni
Setelah dicalonkan berkali-kali sejak semester ke3-ke7, akhirnya tak dapat elak lagi.haish!*nangis dalam hati* T_T
Malang sungguh budak2 kelas saya kerana memilih saya.
Ini adalah atas sebab-sebab tertentu seperti berikut:
  1. Walaupun saya nampak berkarisma, tapi sebenarnya saya jenis kalut. HAHA *habis la korang*
  2. Walaupun saya selalu datang kelas tapi hakikatnya saya tak pernah tahu jadual waktu lectures melainkan kawan-kawan yang akan ingatkan saya. *skang ni saya terpaksa hapal jadual waktu sebab nak amek attendance, panggil lecturer, check projector & laptop da ready utk tujuan pembelajaran.cewah!*
  3. Saya tak pernah bukak group kelas kami dekat FB nun.Dalam tu ada segala info berkenaan kelas. Selalunya kawan-kawan (or budak-budak rumah) saya yang akan update or gtau saya orally. *Now terpaksa bukak & pegang selalu group tu as to make announcement pertaining to the class*
  4. Saya JARANG gile bukak spectrum (lebih kurang web rasmi pembelajaran students UM) mahupun UMisisweb.*Da la lecturer selalu masukkan info or modul pembelajaran dalam tu.HAHA*


Dengan malangnya terlantiknya saya menjadi class rep, maka terubahlah nature diri saya 180 darjah.haddui (=_=)"

p/s: Always be good.huu~

Tuesday, December 13, 2011

Terima kasih :)

Assalamualaikum.
Allahu rabbi.setelah lama tak buka youtube account *dalam berbulan2 jugakla* baru perasan ada comment pada video.
Subhanallah.memang tak sangka.sebab saya hanya letak dekat blog ni dan tiada tujuan publisiti.
Terima kasih pada yang sudi view dan komen video tersebut :)

Sesungguhnya Allah jualah yang layak membalas kebaikan kalian. InsyaAllah


Sangat amat hargainya :)

Cuma buat masa ni, saya belum ada niat nak teruskan aktiviti tersebut.InsyaAllah bi iznillah, bakal meneruskannya kembali suatu masa nanti. InsyaAllah.

Jazakumullahu khaira

Saturday, December 10, 2011

Kaunter Informasi

^_^
Assalamualaikum.
haha.hari ni ngelat lagi dari buat research proposal. *sekejap jeee.betul ni..15 minit jeee..*
Alhamdulillah. Baru-baru ini (sekitar semester ini) ada sekumpulan pelajar non-muslim *coursemate saya* bertanya tentang Islam kepada saya.

semoga Allah bukakan pintu hati mereka kepada Islam dan sesungguhnya hak mutlak memberi hidayah terletak pada Allah jua.


Persoalan yang cukup ringkas. Namun tetap nak kongsi juga.hahaha =P

Soalan-soalan yang telah diajukan:

  • Where you bought your attire eh? I love all your dresses. They are nice. Does Islam doesn't allow you to wear pants?

Reason being asked: Sebab saya selalu pakai jubah/baju labuh/dress labuh/skirt labuh dan jarang berseluar :)

  • Syahida, why some people wear tudung differently? Is tudung part of the fashion trend? And does Islam allowing it to be worn that way? And why don't you wear tudung that way?
Reason being asked: Sebab mereka terlihat ada student yang pakai tudung ala hana tajima yang mana pelik bagi mereka. *Mungkin sebelum ni mereka belum pernah nampak lagi kot.* And i explained to them that it is okay to wear thay way as long as they are covering their aurat. Well, tiada sekatan dalam beragama :)

  • Syahida, why it is more appropriate for you guys to elect a boy to head the du'a recitation? And why boy? Since every single muslim can pray directly to God right?
Reason being asked: Sebab ada dalam 1 kuliah hari tu. Pensyarah menyuruh seorang pelajar lelaki untuk membaca doa sebelum memulakan kelas. Mereka rasa janggal. Dan saya jawab kepada mereka: Because, in Islam, it is best to have a leader or imam to head the du'a recitation. And why the boy was chose over a girl because in Islam, the position of boy always higher than girl. And secondly, the chosen imam must have a thorough knowledge about Islam or alim :)

Ok.tu jeee :)

p/s: berdakwah dengan akhlak merupakan agen dakwah yang terbaik.insyaAllah :)

Friday, December 2, 2011

Stress

i wish
Assalamualaikum wbt.
Allahu Allah...


aku lemah ya Allah, maka Kau kuatkanlah aku
aku takut ya Allah, maka Kau yakinlah aku
aku sesak ya Allah, maka Kau lapangkanlah hatiku
aku malas ya Allah, maka berikanlah daku semangat untuk terus berjuang

aku terasa berat ya Allah...
maka kau yakinkanlah hati ini.bahawa Kau sentiasa ada bersama hambaMu ini.


Sesungguhnya tanggungjawab itu berat ya Allah...


Wallahu'alam (dan Allah jua lah yang lebih mengetahui)