Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, Allah masih sudi mencurahkan nikmatNya yang pelbagai kepada kita, hamba yang sering ingkar ini...
Segala puji & puja dirafakkan kepadaNya jua.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan serangan Israel ke atas Gaza SEKALI LAGI....
Sekadar berkongsi sedikit ilmu atau info yang saya dapat melalui laman FB Cinta Selepas Nikah berkenaan sikap Yahudi menurut gambaran Al-Quran.
1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad (SAW).
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 40-41
2. Bangsa yang suka memutarbelitkan kebenaran.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 42
3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 47
4. Bangsa yang menyembah berhala di tengah bimbingan Nabinya.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 51
5. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib & faham materialisme.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 55
6. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 61
7. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah.
Ini merujuk kepada Surah Al-Baqarah: Ayat 65
Dan atas dasar apa Yahudi benar-benar memusuhi Islam? Kerana mereka merasakan diri mereka lebih mulia. Because they think they're holier.
Berikut adalah teguran Allah kepada mereka dalam Surah Al-Jumu'ah: Ayat 6
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Allahumma ameen.
Allahu'alam
Tuesday, November 20, 2012
Monday, November 19, 2012
My 1st experience!
![]() |
Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Asslamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Semalam was my 1st experience wearing niqab publicly (^_^)
1 word: Menarik!
Walaupun saya dah belajar2 memakainya since dulu (even dah beli dah simpan niqab), but I dont have the courage to do so. Sobsss.
Buat masa sekarang, saya beli dan simpan dahulu. Keinginan dah ada, cuma ada pelbagai benda yang saya perlu consider especially from my beloved Mom's side (since her reaction was not really favourable) :)
Seperti cadangan sahabat saya, buat saya yang baru belajar-belajar memakai ni, mungkin boleh pakai semasa menghadiri majlis-majlis atau kuliah-kuliah ilmu. Sebagai salah 1 cara tak nak mengganggu tumpuan kaum muslimin yang hadir untuk menuntut ilmu. InsyaAllah :)
Saja nak share experience saya yang serba dhaif ni.
Semalam saya memakai niqab pergi ke pejabat agama atas beberapa urusan.
Saya jenis orang yang sukakan kanak-kanak.
Taktik saya mudah: Senyum kepada mereka --> Dekati mereka --> Tanya nama & umur --> Bermesara-mesra dengan mereka :)
Then, ketika dalam lif. Ada beberapa kanak-kanak dengan parents mereka. Saya senyum
Pelik, kanak-kanak ini tidak membalas senyuman saya. Malah terus memandang ke hadapan.
Allah! Saya lupa yang saya berniqab. Hehe
So, ini adalah pengalaman pertama saya.
Sekadar berkongsi :)
Allahu'alam
![]() |
| The hidden smile :) |
![]() |
| Masih belajar-belajar :) |
| The conclusion :) |
Sunday, November 11, 2012
Something FUN!
Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Dapat nge-update blog lagi (ohooo.. Tunggu surat POSTINGtong)
Baru-baru ni saya syiok buat ala-ala flash on Islam for kids.
Tak kisah lah untuk my anak buah si Baby Insyirah tercute or for my future kids (cewah!).
![]() |
| Baby Insyirah si fatty bam bam. |
Dari dok merapu-rapu better buat benda alah ni kan? Haha.
Dah memang minat saya ke arah kanak-kanak (pemikiran pun childish hoktuih).
Tadaaa~ ini salah satu hasilnya.
![]() |
| Rukun Islam |
Less word but need further explanation as you show it to the kids. Supaya the kids receive the correct ilmu and comprehend Islam wisely.
Jangan ada salah faham dengan agama. InsyaAllah :)
Masa keciklah kita nak didik kan? kan? kan?
Haha
Wednesday, November 7, 2012
Transformer
![]() |
| Transformers super! |
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Setelah sekian lama tak nge-update blognya. Tiba-tiba bagai petir menyambar bumi, tak diduga dan tak dijangka keinginan untuk nge-update blog datang membuak-buak (Ok. Ni super hyperbola).
Hehe, sebenarnya tak tahu harus mencoret apa dekat blog ni. Semestinya sesuatu yang baik. Addeenul nasihah. Agama itu nasihat.
Cuma berkaitan apa, masih diragu-ragu dan digaru-garu (kepalanya).
Dah lama tak menulis ni, makin hilang skill bermadah helah. Allahu Allah.
Sekadar nak kongsi berkenaan hijrah dalam konteks perubahan diri.
Alhamdulillah atas hidayah yang Allah kurniakan buat diri ini.
Suka untuk saya kongsikan tentang penghijrahan diri saya.
Pemikiran Syahida yang dahulu
- Seorang yang merasakan Allah itu jauh. Jaaaaauuuuhhhhh sangat-sangat. Ini adalah tidak benar! Allah itu qarib (dekat). Lebih dekat dari urat merih di leher kamu tu. Dia (Allah) tidak pernah jauh, cuma kamu yang suka menjauh. Dan kesan & akibat daripada pemikiran seperti ini ialah: Kamu hilang keyakinan dan ragu-ragu terhadap kekuasaan Allah. Astaghfirullah al-azim. Bagaimana nak jadi pencinta super andai diri sendiri tak yakin dengan dicintainya?
- Seorang yang menutup aurat secara tidak sempurna. Ohooii... Seluar kemain lagi "ramping" habis. Baju pun sama, tak nak kalah. C'mon lah. Allah dah bagi badan ramping, haruslah dikongsi-kongsi tatapannya. Salah. Ini adalah serendah-rendah pemikiran. Benda yang baik, perlu di balut elok-elok. Dijaga rapi-rapi. Kalau semua dah didedah, apa yang tinggal? Wanita tu kan seindah-indah hiasan dunia. Allah nak jaga kamu (bukan menindas kamu), sebab tu disuruhnya kamu tutup aurat. Ingat wanita, makin didedah, makin murah. Display item...huish~ Berapa harganya ek?
- Tabarruj (berhias secara berlebih-lebihan) tidak salah. Omak ehhh... Allah tu kan indah & mencintai keindahan. Cewah! Dan-dan keluar ayat ni. Kenyataan tu tak salah, yang salah pemahaman kamu berkenaan ayat tersebut. Benar Allah itu indah dan mencintai keindahan. Tapi janganlah kamu dok berhias sana-sini, mekap tebal 25 inci, bulu mata palsu bak bulu merak kayangan sampai menaikkan syahwat kaum Adam yang melihat. Cukup sekadar sederhana & kemas. Kaum Hawa, jangan terlalu mengancam, bimbang-bimbang kaum Adam terancam. Kalau nak mengancam, ancam suami kamu je nanti (uish. Lain macam pulak bunyinya. Hehe).
- Bangganya ramai mamat yang minat! Ohhhhh nooooooo.... Ini lagi satu pemikiran yang sangat rendah serendah sekolah rendah. Saya bagi 1 situasi: Si S ada ramai peminat memandangkan dia begitu ranggi (cewah) dan bergaya
tak hengat.Memang itu objektif dia berhias. Supaya di suit-suit (ala yang macam burung bercip-cip tu) dan di ngorat mamat-mamat yang melihat dia. Ini hipotesis beliau: Semakin ramai peminat, semakin berharga dirinya (bak kata Loreal, kerana diriku begitu berharga). Situasi 2: Si M jarang di suit-suit mahupun di ngorat oleh jejaka-jejaka di luar sana kerana penampilannya yang begitu solehah sehingga menimbulkan rasa segan & hormat di hati jejaka-jejaka yang memandangnya. Tiba-tiba 1 hari, dia dikhitbah (dilamar) oleh jejaka soleh melalui ibu bapanya. Yang mana lebih berharga? Si S atau Si M? Mungkin si S mempunyai ramai peminat. Tapi minat mereka sekadar untuk menjadikan dia stok sedap-sedap (pergh! ini bahasa kasar yang saya belajar dari orang yang kasar juga. Maaf andai mengguris perasaan. Tujuannya adalah untuk menyedarkan). Ingat! LAKU bukan bermakna ramainya buayafriend.Tapi LAKU adalah singakatan bagi Lamar Aku. Lamar aku supaya kita dapat tingkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah bersama-sama.
Jahil bukan pemikiran saya yang dahulu? Terasa bangang teruk sangat kerana mempunyai pemikiran yang sedemikian. Namun, Allah maha kuasa. Sungguh saya selalu bersangka buruk denganNya, namun kasih sayangNya mendahului murkaNya. DiberikanNya saya hidayah. Hidayah untuk berubah. Berubah kepada hamba yang lebih baik. AMEEN!
Dari bersolek tebal kepada kemas. Dari berbaju sendat dan padat kepada longgar. Dari membungkus rambut ke tudung yang menutupi dada.
Jika niat kita untuk berubah kepada lebih baik, insyaAllah Allah akan hantarkan mereka-mereka yang baik untuk membantu kita. Semoga diri ini terus dipertemukan dengan mereka yang baik- baik. InsyaAllah.
2 important points untuk post kali ni:
- To please Allah is rather important than to please people.
- Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Allahu'alam
![]() |
| Dengan ayah si buah hati tercinta. Kemas bukan? |
![]() |
| Dengan Kak Ngah yang banyak bantu diri untuk berubah. |
![]() |
| Tengah rumput. Eh? |
![]() |
| Baju spesel dari insan spesel. Haa! Fikir bukan-bukanlah tu. Perempuanlahhhhh =) |
![]() |
| Kasut peberet. Eh ape kaitan eh? |
Udah-udah lah di upload picturenya. Macam spam lak. Bukan apa. Niat nak tunjuk yang kecantikan kita mampu terserlah tanpa perlu mendedah. Dan baaaannnyyyaaakkk baju-baju muslimah yang cun-cun sekarang ni =)
Allahu'alam
Saturday, July 14, 2012
Alhamdulillah
Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah...dengan izin Allah diri ni telah selamat menjadi tunangan orang...
Moga perhubungan ini berakhir dengan pengakhiran yang terbaik dari ALLAH...Allahumma ameen~
Kami tidak:
- Bercinta
- Apetah lagi berdating
- Bergayut? ALLAH...lagi la tidak
Dan kami juga tidak punya sebab untuk bertunang.
Kami benar-benar meletakkan kepercayaan pada qada' & qadar Allah.kerana sebelum dia mula berkawan dengan saya, saya pernah menyatakan pada dia agar dia melakukan istikharah atau meminta kepada Allah akan petunjuk dan saya juga melakukan perkara yang sama.
Tidak lama selepas itu, keluarganya ada menziarahi keluarga saya :) walaupun pada masa itu masih samar-samar kerana tiada kenyataan yang jelas.
Saya even meng"google" dirinya untuk mengetahui tentang dirinya...hehe *teramatlah segan untuk bertanya dengan tuan punya badan*
Dan Alhamdulillah.segala puji dan puja bagi Allah.
Saya telah dikhitbah olehnya melalui ibu ayah saya sewaktu saya sedang menghadapi peperiksaan final semester *yang mana esoknya saya ada paper Pharmacy Industry and Regulatory Control* dan ibu merahsiakannya sehinggalah saya menamatkan peperiksaan & viva (thesis presentation) saya.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Sewaktu kami berjumpa untuk berbincang tentang hal pertunangan (namun tidak berdua-duaan), Allah...bukan saya tidak sudi berbual dengannya...cuma perasaan malu itu masih menebal *sampai sekarang*
Secara jujur, persiapan pertunangan ini mahupun barang hantaran banyak diuruskan atau disediakan oleh ibu saya. Terima kasih ibu.
Kita telah ditakdirkan oleh Allah untuk bertemu tanpa bercinta. Semoga Allah redha dengan perhubungan ini.insyaAllah
Dan dia telah mengajar saya satu pelajaran yang cukup besar:
Tak semua benda perlu bersebab. Kerana takdir Allah itu sendiri sudah bersebab. Dan tidaklah Allah jadikan sesuatu perkara itu atas sebab yang sia-sia. Allahu'alam.
p/s: Terima kasih buat keluarga bakal mertua kerana sudi membuka ruang untuk diri yang serba dhaif ini. Mana yang kurang harap ditambahi. Mana yang silap harap dapat diperbetuli.insyaAllah :)
Terima kasih juga buat saudara mara yang sudi bertungkus lumus memeriahkan majlis.
Tak lupa juga buat kawan-kawan yang sudi hadir meraikan majlis.
Allah jualah yang layak membalasi jasa kalian. Jazakumullahu khairan kathira :)
Video ringkas tentang kami. Tentang apa yang saya ingin dia tahu namun tidak terberitahu =_="
Segalanya urusan dikembalikan kepada Allah jua...
Allahu'alam
Tuesday, July 3, 2012
TAMAT
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah... atas izin Allah saya telah selesai menamatkan pengajian saya dalam bidang farmasi selama 4 tahun pengajian di Universiti Malaya :)
Alhamdulillah... atas izin Allah saya telah selesai menamatkan pengajian saya dalam bidang farmasi selama 4 tahun pengajian di Universiti Malaya :)
Banyak yang telah saya lalui sepanjang 4 tahun ni...antaranya: belajar naik bas, belajar naik teksi, belajar beli barang dapur & barang keperluan sendiri, belajar urus diri sendiri, dan macam-macam nilai hidup yang tak dipelajari di dalam dewan kuliah...
Tak terlepas juga ujian Allah...sewaktu 1 minggu dari tempoh thesis submission, pendrive & laptop saya diserang virus...
Allahu akbar...tak fikir apa pun waktu tu...just imagine, all the data gone and you need to redo all the works yang awak dah buat sepanjang 1 semester dalam masa 1 minggu!
mmg betul-betul hopeless & helpless waktu tu...terfikir untuk extend je...*Astaghfirullah al-azim*
Alhamdulillah...bantuan Allah datang dari arah yang tak disangka-sangka.
Teruskan perjuangan yang bersisa *mmg betul2 depress waktu tu* dan akhirnya Allah ganjarkan imbalan yang sesuai dengan usaha yang dikeluarkan :)
syukran jazilan ya Rabb :)
Now, tengah bersenang-senang di rumah sambil membuat kerja mengarut & kerja yang tak berapa mengarut :p
Penat dah nak menaip, silalah tengok video ntahapehapeoii ni.hehe
Wassalam
Teruskan perjuangan yang bersisa *mmg betul2 depress waktu tu* dan akhirnya Allah ganjarkan imbalan yang sesuai dengan usaha yang dikeluarkan :)
syukran jazilan ya Rabb :)
Now, tengah bersenang-senang di rumah sambil membuat kerja mengarut & kerja yang tak berapa mengarut :p
Penat dah nak menaip, silalah tengok video ntahapehapeoii ni.hehe
Wassalam
Sunday, March 25, 2012
us at USS!
Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah wa syukurillah.trip ke USS telah selamat pergi dan kembali :)
Perjalanan kami seperti berikut:
Khamis (22/3/2012)
5.00 pm: kelas pharmacy management tamat.
5.30 pm: bertolak ke terminal bas bersepadu selatan (TBS)
6.50 pm: tiba di TBS dan membeli makanan (kelaparan baru habis kelas) di KFC
7.30 pm: bertolak dari TBS ke JB
| memakan di KFC @ TBS |
| muke-muke menunggu bas ke JB (nampak beno penatnye) |
| Dalam bas ke JB :) |
Jumaat (23/3/2012)
12.00 am: Tiba di Larkin Sentral. We divided ourselves into 3:
- Bermalam di rumah Nabila: Nabila, Shima & Farah
- Bermalam di rumah Fina: Fina, Nik & Ida
- Bermalam di rumah Syahida (maaf andai layanan kurang memuaskan): Syahida, Farhana, Tiqah & Dek Wan
5.00 am: Bangun, mandi, bersiap dan solat subuh.
6.30 am: Sarapan
6.40 am: Berkumpul di McD Larkin Sentral (kecuali Nabila & Syahida yang bertolak dari Tune Hotel).
6.40 am: Berkumpul di McD Larkin Sentral (kecuali Nabila & Syahida yang bertolak dari Tune Hotel).
8.15 am: Selesai urusan imigresen Malaysia & Singapura dan tiba di Universal Studio Singapore (USS).
11.00 am: Geng-geng yang lain selamat tiba.Alhamdulillah! (bimbang ada masalah di imigresen.alhamdulillah.tiada.di khabarkan Shima siap boleh kena ngorat dengan abang imigresen lagi.weewit!)
11.30 am: Entering USS.enjoy time!
7.30 pm: Syahida & Nabila balik ke JB. whereas the rest stay di Singapore.
9.00 pm: Selamat tiba di Tune Hotel JB :)
| Direct ticket to USS from Tune Hotel JB. |
![]() |
| finally! ^_^ |
| bebudak pharmacy :) |
| my late lunch!lapoooooo =.=" |
Sabtu (24/3/2012)
Geng-geng Singapore shopping di Singapore and Johor Premium Outlets (JPO)
Ahad (25/3/2012)
9.30 am: Departing from JB to KL.
1.30 pm: Safely arrived TBS.
3.00 pm: Safely arrived rumah sewa (PJ).hehehe :)
![]() |
| ketiduran yang tiada kekontrolan. |
![]() |
| ketiduran tanpa kesedaran. |
![]() |
| Ketiduran yang terserlah kepenatan. |
![]() |
| insan-insan yang tidak ketiduran lantas mengcapture mereka-mereka yang sedang tidur.haha |
p/s: kalau nak pergi USS, sila:
- Pakai sunblock dengan SPF tertinggi
- Bawak shades
- Bawak cap
Ape-ape pun, saya sayang kekawan saye! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)


















.jpg)
.jpg)



