Wednesday, November 10, 2010

demam PEPERIKSAAN! (>.<)!



بسم الله الرحمن الرحيم
I start with the name of ALLAH which is the best word and no other better (",)
Alhamdulillah..dengan izin jua rahmatNya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk mencatat dan meluah di blog nan "bersih" ni =)
Bersempena musim peperiksaan yang melanda para mahasiswa dan mahasiswi (termasuk diri ini) kala ini, menarik minat dan perhatian saya untuk menulis sesuatu yang berkaitan..


Pantas sungguh masa memintas...sedar tak sedar..saya bakal menghadapi peperiksaan akhir sem5..
Terimbau kembali kenangan semasa sem1..tatkala diri ini baru bergelar mahasiswi...
Sejurus saya selesai menjalani program orientasi kolej kediaman..saya dikehendaki untuk terlibat sama orientasi fakulti pula..
Aduh..pelajar-pelajar senior amatlah tegas..namun tegas mereka bersebab..bukan atas dasar buli..tapi ingin meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar-pelajar junior ni...
Dan semasa minggu orientasi inilah kami pelajar-pelajar junior berpeluang untuk mengenali 1 sama lain dengan lebih akrab dan dekat..
Jujur saya akui, perasaan rendah diri menyelubungi diri di awal sesi pembelajaran..manakan tidak..hampir kesemua pelajar yang mengambil jurusan ini merupakan pelajar 4flat atau 4rata sama ada di peringkat STPM, matrikulasi mahupun PASUM..sedangkan saya?dengan berbekal 3.9..entah bumi mana perlu saya pijak tika itu..tak lupa juga band MUET mereka 5 hingga 6...
Allahu akbar..tatkala itu..saya merasakan saya antara golongan-golongan rendah yang terpilih untuk menjalani program ini atas dasar nasib...
Namun, pada masa yang sama..saya membulatkan azam..untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka ini...bak pepatah yang selalu saya sematkan dalam hati " dont mess with the best"
Selesai menjalani minggu orientasi, saya meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa..
Saya menyangka, dengan mengambil jurusan farmasi ini membolehkan saya mengelak dari bertemu mayat..
Allahu akbar!rupanya tidak!berjodoh jua dengan mayat-mayat.di sebabkan kami tertakluk di bawah fakulti perubatan..kami dikehendaki mempelajari matapelajaran anatomi dan fisiologi...
Pertama kali memasuki dewan diseksi (Dissection Hall)..bau formalin yang kuat menusuk hidung ini..dan sekali lagi..Allah..saya melihat mayat-mayat yang saya sendiri tidak tahu sudah berapa lama menghabiskan sisa masa mereka di sini..sayu..sedih..bercampur baur..namun atas dasar ilmu..saya gagahi...dan alhamdulillah..subjek anatomi merupakan salah satu subjek kegemaran saya..
Pertama kali menghadapi peperiksaan sebagai pelajar farmasi..saya tidak tahu bagaimana bisa saya menghafal kesemua terma-terma saintifik yang kedengaran pelik di telinga..
Selama ini saya hanya belajar kimia yang basic..yang saya claim sebagai subjek kegemaran..namun sejurus saya mengikuti program ini..saya mula merasa muak dengan kimia..entah bermacam-macam kimia saya pelajari dan baru saya sedar..besar rupanya skop ilmu Ilahi ni..
Tak cukup dengan physical chemistry..ditambah pula dengan organic chemistry..heterocyclic chemistry..medicinal chemistry dan sebagainya
Dan dengan izin jua rahmahNya..saya selesai menghadapi peperiksaan bagi subjek-subjek ini...
Sedikit perkongsian tentang adab-adab dan cara-cara saya menghadapi peperiksaan:


1. Belajar pada waktu optimum dan bukan maksimum
- Ayah sering menasihati saya agar study smart dan bukan study hard
- Manakala ibu sering mengingatkan saya agar tidak study pada waktu peralihan (asar ke maghrib)


2. Jaga waktu rehat
- Sesungguhnya Allah Taala berfirman yang  bermaksud: "Allah menjadikan malam itu untuk kamu berehat di dalamnya, dan siang itu terang benderang (untuk kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi banyak manusia tidak bersyukur" (Ghafir:61)
- Siang kita berusaha sehabis baik..dan jangan melawan fitrah bahawa malam itu untuk berehat..kerana badan dan minda kita juga perlukan rehat


3. Jaga hubungan dengan Allah
- Sungguhpun kita sibuk mengulangkaji..usah di lupa tanggungjawab dan makna sebenar penciptaan kita untuk menyembah yang Esa
Firman Allah dalam surah Adz-dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu"
- Solat jangan tinggal walau sesibuk mana pun kita


4. Jaga pemakanan
- Jaga pemakanan di sini bukanlah bererti "haa,makan kismis banyak2..jangan makan kepala ikan..jangan makan maggi" dan sebagainya.
Akan tetapi kita juga perlu melihat sumber-sumber makanan ini.Halal haram pemakanan bukan sekadar tertakluk kepada apa makanan itu seperti khinzir,etc tetapi juga sumber malah pemprosesannya.boleh saja ayam yang halal dimakan itu bisa jadi haram andai tidak disembelih mengikut cara Islam.malah sungguhpun sudah disembelih mengikut cara Islam is masih juga dikira haram andai ia merupakan hasil curi.. =)
- Jaga waktu pemakanan. saya akui, adakala kita terlalu sibuk mengejar waktu yang kian terasa sempit di hujung-hujung waktu ini. Tetapi, fitrah kita perlukan makanan usah di lawan. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman!Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada kamu, jika kamu hanya meyembah kepada-Nya
- Konklusinya: Sungguhpun sibuk, makan itu perlu! =)


4. Elakkan dari melihat maksiat
- Maksiat ada di mana-mana.itulah masalahnya.kerana maksiat ini bukan sahaja dapat melemahkan ingatan malah hati..sedangkan ilmu itu suci..dan sukar bagi ilmu untuk diserap oleh hati yang kotor...


5. Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersujud dan berdoa
- Di akui..minggu study week merupakan saat yang kritikal.. Minda di asak untuk menyerap segala macam info yang padat dan sendat..sampai kadang-kadang terasa bahawa info-info ini telah melebihi had muatan minda kita..
Usah mengeluh..usah gelisah..perbanyakkan sujud..kerana ilmu itu milik Allah..minta izin kepadaNya agar diberikan keizinan dan peluang untuk memahami sedikit ilmu-Nya yang maha luas..
- Doa yang sering saya amalkan: ya Allah, permudahkanlah aku dalam segala hal dan usah Kau persulitkannya ya Allah. berikanlah aku hati yang tenang, hati yang terang dan otak yang cerdik pandai agar aku bisa memahami, menghafali dan seterusnya beramal dengan ilmu tersebut ya Allah.usah kau lupakan apa yang telah aku pelajari, fahami dan hafali ya Allah.kurniakanlah daku ilham-Mu tika menjawab peperiksaan nanti.agar aku bisa menjawab dengan mudah, tenang dan tepat..ameen ya Allah
- dan tuhanmu berfirman "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk ke neraka Jahanam dalam keadaan hina" (Ghafir:60)
- keyword: usah sombong untuk berdoa


6. Mengulang dan terus mengulang
- Bila berbicara tentang menghafal..rasanya kita tidak boleh mengelak dari mengulang..
- Cara saya mengulang adalah dengan: 
1.Baca nota yang diberikan pensyarah dan buku-buku rujukan 
2. Buat nota tangan (handwriting) menggunakan bahasa yang mudah difahami dan selesa dengan minda kita 
3. Baca kembali nota tangan tersebut dan highlight
-Maka disini sebenarnya telah berlaku proses pengulangan sebanyak 3kali
-InsyaAllah.dengan izin jua rahmahNya..bakal berkesan =)


Contoh nota tangan dari saya (",)


7. Mohon doa juga restu dari para guru, ibu bapa dan sahabat-sahabat
- Mungkin ada yang pesimis dengan faktor restu ini. Namun jujur saya akui, ianya berkesan!insyaAllah bi iznihi!
- Maka, jangan sakiti mahupun kasari hati-hati insan di atas. Kerana, tanpa mereka..siapalah kita =)
- Acapkali tiba waktu ujian mahupun peperiksaan, saya akan meminta (lebih tepat lagi menagih) doa ibu saya. Kerana tanpanya, saya seolah-olah hilang keyakinan. Dan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..saya dikurniakan seorang ibu yang cukup memahami kehendak anaknya =)


8. Al-Quran jangan dilupa
- Ini merupakan salah satu pesanan dari kakak saya (Nurul Ain Abdul Rashid) yang dititipkan tatkala saya baru melangkah masuk ke alam matrikulasi
- Antara pesannya: Bacalah Al-Quran setiap hari walaupun 1 ayat. Sungguhpun tak sudi membaca, pandanglah ia. Kerana Al-Quran ini menyuburkan hati. Dan adalah susah bagi ilmu (dan hidayah Allah) untuk diserap oleh hati yang mati
- Kaedah sy mudah: Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai sehari =) tak berat dan tak payah (bukan bermakna tak perlu ye =P)


Dan pelbagai lagi yang gagal saya catatkan di sini
Mungkin saya bukan pelajar cemerlang mahupun pelajar contoh yang bisa dijadikan rujukan
Namun, diharapkan tips ini dapat membantu para sahabat sekalian
Andai ada penulisan saya yang menyentuh dan mengasari mana-mana hati, saya dahulukan dengan salam kemaafan
Moga Allah mengampuni diri ini yang penuh dengan dosa dan salah

Saya akhiri catatan ini dengan lafaz: Wassalamu



Ini antara "hasil" daripada ketensionan yang menimpa para pelajar =P

3 comments:

  1. Salam 'alaik~
    1st of all, wanna wish u WELL DONE & GREAT JOB for ur new baby~!! hahah:) attractive blog. keep up ur work.

    & lastly, nak tanya. enah ada ckp ke psl baca al-Quran tu?rasanya takde.itu awknya inisiatif utk membacanya. not mine :)

    ReplyDelete
  2. Allah
    awk tu yang nyanyok
    awak ade ckp
    dalam ramai2 adik beradik ms tu
    tu yg tersentuh hatinya
    dan alhamdulillah.cuba istiqomah smpi skg
    walau sesibuk mana, insyaAllah pasti cube selitkan masa khas untuk mebaca surat cinta dari Allah dan untuk berkhalwat secara eksklusif dengan-Nya :)
    cume lately, xtahu kenapa dan mengapa..amat sukar bangun qiyam..Allah..
    tu la pasal kot agknye ude rs hati ude makin gelap..dan nafsu-nafsi ni senang je menggugah iman..
    enah..tlg doakan ude ye.. :(

    ReplyDelete
  3. enah mmg tak suka igt benda baik yg enah buat. takut riak. kalau benda jht, akan enah igt samapi bila2, supaya tidak lupa diri :)

    ReplyDelete