ibunda terkasih (",) |
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia bertanya kepada Tuhan:
"Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?"
Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."
"Tapi di sini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk bahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih bahagia."
"Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar, dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara berbicara."
"Apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara berdoa."
"Saya mendengar di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal itu mungkin akan mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."
"Malaikat akan menceritakan kepadamu tentang-Ku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."
Saat itu syurga begitu tenangnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu, IBU"
di sini kita boleh melihat..betapa cintanya Allah kepada kita..dan kasihnya ibu kepada kita..dan betapa Allah mengangkat darjat yg begitu tinggi para ibu..tetapi bila di singkap kembali zaman sekarang..kes pembuangan bayi..penguguran..adakah mereka ini layak digelar dengan pggilan yang begitu murni "IBU"?nauzubillah..jikalau inilah sikap para ibu zaman sekarang..sewajarnya kita berasa malu kepada Allah kerana telah mengangkat darjat kita yg hina ini begitu tinggi yang tidak selayaknya diletakkan..memang begitu besar dugaan menjadi seorang wanita..krn kita merupakan seindah2 hiasan duniawi..tapi..cuba kita fikirkan sejenak..seandainya 1 perhiasan cantik di jual di kedai2..sudah semestinya ianya menjadi tarikan orang ramai..tapi kita perlukah pandai menjaga diri..kita perlulah mengelak daripada disentuh org ramai..haa,tgk kt pasaraya2 tu..pun pandai letak tanda "oNce broken considered sold"..dan apabila benda tu da pecah atau rosak..mmg la pelanggan akan membelinya (akibat terpaksa) dan akhirnya akan diletakkn ke mana?adakah di tempat yg sebaik2nya?tidak..dek kerana dah rosak..mestilah ke tong sampah jawabnya..begitu juga wanita..ditambah pula kita ni seindah2 hiasan..apabila tak pandai jaga diri..senang2 beri org sentuh sana sini..alamatnya..jatuh la nilai kita..lagi 1..Allah menyuruh kita menutup aurat..khasnya kaum wanita..yang hanya boleh menampakkan muka dan kedua telapak tangannya..kerana apa?krn Allah menghargai kita..kerana kita seindah-indah perhiasan..kalau kita sekalipun..barang yang cantik..yang berharga..mestilah kita nak sampul cantik2..erm..ok la..da terbyk membebel plak..1 pesanan sy..muslimah..jagalah dirimu..
p/s:cintailah ALLAH dan kasihilah IBU
*sedikit tambahan: ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat ibunda tercinta, Puan Hajah Thalasawati.terima kasih kerana telah menjadi ibu yang hebat!selayaknya martabatmu di junjung oleh Allah =)
wallahuallam
i like ur quote 'once broken,considered sold'.
ReplyDeleteorg akan terpaksa beli barang itu, then akan dicampakkan ke tong sampah kerana dia tau barang tu dah rosak. renung2kanlah!!
hehe
ReplyDeletesame2 ambil iktibar ;)