Thursday, November 18, 2010

Falsafah Percintaan =)




بسم الله الرحمن الرحيم

Salam alaykum pembuka kalam...
Alhamdulillah..segala puji dan puja bagi Allah pemilik mutlak hati ini... =)
Tiada apa yang penting ingin dicatatkan di medan maya ini
Sekadar meluah rasa, mencatat tanpa tinta
Allahu akbar..entah kenapa akhir-akhir ini..dalam sibuk mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir semester 5, perasaan berkecamuk melanda diri...
Yang secara mudahnya dikonklusikan sebagai: aku mencintai kau kerana nafsu

Nafsuku mengatakan bahawa engkau kacak
Nafsuku membisikkan bahawa engkau hebat
Dan nafsuku juga mengkhabarkan bahawa engkau sempurna

Dan kerana nafsu ini juga lah aku harus meninggalkanmu
Kerana aku bimbang andai nafsu ini jugalah yang akan menarikmu dan diriku dari melangkah kaki menuju ke syurga kelak...
Astaghfirulllah..amatlah payah menjaga hati...
Hati mana yang tidak gembira bila mana sapaan hati ini berbalas?
Bila mana, orang yang kita minati itu memberikan respon serupa sama ada secara langsung mahupun tidak?
Namun, sepertimana yang aku tegaskan sebelum ini: kerana nafsu ini aku harus tinggalkan mu
Akan aku khaskan cinta ini buat yang halal bagiku
Prinsipku ringkas dan tegas: 
  1. Sesungguhnya merindui yang halal itu ibadah, sedangkan merindui yang haram itu maksiat
  2. Sesungguhnya yang aku harapkan dari Allah adalah rahmat dan berkat bukan laknat

Sekadar meluah rasa, mencatat kata...
Tiada yang istimewa...
Mohon doa sahabat-sahabat untuk peperiksaan akhir sem5 saya dan rakan-rakan seperjuangan saya
Moga Allah ganjarkan kami dengan sebaik-baik ganjaran..
Allahumma ameen =)
Saya akhiri post saya kali ini dengan lafaz: لا إله إلا الله

4 comments:

  1. i know who the peron is.
    semoga Allah menjaga hati2 kita dr zina hati ini ye. kuatkan smgt.

    enah pun tak kuat. tp buat masa ni, cukup la sekadar enah memendam perasaan itu.
    kalau betul dia pun begitu, semoga Allah percepatkan & memudahkan urusan kami ini.

    ReplyDelete
  2. hehehe
    u know who he is?
    HAHA..
    ude da mls mau pk psl die
    DOSA!
    get lost!
    hahaha ;p

    ReplyDelete
  3. haha
    takpelah
    biarlah ia menjadi rahsia antara ude dan Allah ;)

    ReplyDelete