Monday, November 15, 2010

terjawabnya sebuah persoalan dan mungkin Tuhan ingin khabarkan...


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam alaykum...
pertama dan selamanya, ingin saya panjatkan segala puji dan puja berserta lafaz ALHAMDULILLAH buat Allah pemilik selamanya diri ini...
Alhamdulillah dan Allahu akbar atas segala yang berlaku...
Mungkin ada hikmahnya, tersingkapnya satu persoalan yang menjawab segala pertanyaan dalam dada ini selama ini
Dedikasi buat hamba-hamba Allah yang mendambakan hati ini, 1 pesanan saya titipkan buat kalian:
Temukanlah saya dalam istikharah kalian dahulu sebelum memulakan langkah seterusnya dalam meminta hati ini
Mungkin ini bukan pesanan yang terbaik dari saya yang serba dhaif
Tapi saya mahukan yang terbaik buat kalian dan tak lupa diri ini
Tiada apa yang istimewa dari saya
Itulah yang bisa menjawab segala pertanyaan kalian tentang "bagaimana diri saya"
Buat masa kini, tumpuan saya lebih menjurus kepada pelajaran
kerana masih ada hati-hati insan yang perlu saya bahagiakan
dan masih ada hati-hati insan yang mengharapkan kejayaan dari saya
Jika kalian ingin menunggu, silakan
Jika kalian ingin cari yang lain, pun saya alu-alukan
Moga Allah meredhai setiap tindakan mahupun laluan yang kita ambil
Allahumma ameen...
Saya mengambil kata-kata dan pesanan ayah saya: ya Bintu Abd.Rashid.rehatlah dahulu.pabila anakanda telah bersedia, ajukanlah hal ini kepada ayahanda...
sesungguhnya dan hakikatnya bahawa yang baik dan buruk itu datangnya dari Allah tetapi disandarkan atas kelemahan diri saya yang serba dhaif yang selayaknya bergelar seorang hamba
saya akhiri dengan kalimah tauhid:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

2 comments:

  1. Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. – (Riwayat Bukhari)

    -aku redha-
    *pasrah segalanya...

    ReplyDelete