Friday, June 10, 2011

senyum =)


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Selesai sudah saya menjalani attachment di inpatient pharmacy =)
Lepas ni ke outpatient pharmacy pula. InsyaAllah.
Syukur sangat2. Pelbagai ilmu dan pengalaman saya timba ketika di inpatient pharmacy. Inpatient pharmacy merupakan pharmacy yang mana meng-supply ubat-ubatan ke ward (sama ada paediatric, getriatric, gynaecology ward, ICU, CCU, CICU, etc) serta ubat-ubat kepada discharge patient yang mana baru dibenarkan keluar dari ward.
Di inpatient pharmacy, kami ditempatkan di pelbagai section. Secara ringkasnya, schedule saya spt berikut:
  1. Hari pertama di inpatient ward (IPW)
  2. Hari kedua di Therapeutic Drug Monitoring (TDM)
  3. Hari ketiga di Methadone preparation
  4. Hari keempat di inpatient chemotherapy (IPC) dan di sterile complex
  5. Hari kelima di Dangerous Drugs dan infectious disease ward (ward round)
Subhanallah. Pelbagai ilmu dan pengalaman saya observe dan kutip sepanjang berada di sini.
1 of them yang saya tak mampu lupakan adalah ketika "patient" methadone mengamok kerana ubatnya lambat siap. Sampai sekarang masih berlegar-legar dan terngiang-ngiang kata-katanya: Kau tu yang salah! Sebab kau tu tak berpengalaman! 
Kecoh sebentar di inpatient pharmacy, kemudian keluar seorang senior pharmacist di situ berkata: Encik, sini hospital. Tolong jangan tinggikan suara.
Fuuhhh~ betul-betul teruji ketabahan dan kesabaran di situ =(
Antara section lain yang saya gemar adalah TDM section. Di situ kami akan menerima blood sample from the patient dan seterusnya run blood sample tersebut di makmal perubatan (tingkat 4). Blood sample tadi di run untuk mengetahui plasma or serum drug level of the patient. Memandangkan ada sesetengah drug toxicity is related to their respective concentration in blood. After run the blood sample by the makmal perubatan, result akan dimasukkan ke dalam system. Dan kami akan check result tersebut di komputer dan rekodkan. Selepas itu, kami akan tentukan sama ubat tersebut overdosing or underdosing dan sebagainya. Dan membuat recommendation kepada doctor whether to change the dose, frequency or withold the drug =)
Sounds easy right? Tapi secara realiti nya, tidak! there are several factors that we need to consider first before we are deciding to do some recommendations.
Saya juga berkesempatan untuk berkenalan dengan orang yang hebat-hebat di situ, antaranya:
  1. Kak mariani (PRP: Provisionally Registered Pharmacist)
  2. Kak shafika (PRP)
  3. Kak mysarah (PRP)
  4. Kak menaha (PRP)
  5. Senior syamil (PRP)
  6. Senior izzudin (PRP)
  7. Kak nani (Pembantu perubatan)
  8. Student diploma farmasi uitm
  9. Student diploma farmasi kolej mahsa
Dan ramai lagiiii =)
Subhanallah. Mereka hebat-hebat belaka. Saya harus belajar dengan mereka untuk kekal bersikap positif in what ever situations and remain cool all the times =)
Oklah, sampai di sini sajalah catatan kali ini. Nak siapkan assignment pula. InsyaAllah
Wassalam

p/s: Jangan lupa lebihkan senyuman =)

Tuesday, June 7, 2011

sabar


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.selesai sudah hari ke2 di inpatient department. Hari ni, saya belajar pelbagai benda :)
Semalam saya ditempatkan di inpatient ward (IPW) yang mana agak sibuk dalam mengpakej (packaging) ubat dan dispensing the drugs. Ubat-ubat ini seterusnya akan diberikan kepada patient sama ada sebagai pesakit luar (yang sedang menunggu giliran di kaunter dan dibenarkan discharge) ataupun ke ward untuk di administer by nurses.
Hari ini pula, saya ditempatkan di therapeutic drug monitoring (TDM) yang mana saya telah pelajari ilmu farmakokinetik (sama ada mengira volume of distribution, elimination constant, half-life of the drug, predicted peak/trough plasma drug concentration dan membuat pengubahsuaian serta cadangan (recommendation) kepada doctors di mana-mana yang sesuai).
Sambil-sambil duduk menekun di section TDM, mata ini mengerling ke section methadone yang mana saya bakal ditempatkan untuk hari esok (InsyaAllah).
Methadone programme adalah program yang mana methadone diberikan kepada drug addict sebagai pegganti kepada morphine, heroine,etc. Ini bermakna, mereka yang dibawah program ini merupakan penagih dadah yang cuba dikawal penagihannya. Seperti sebentar tadi, section methadone agak sibuk dengan ramai "pesakit" yang menunggu di luar untuk mendapatkan methadone mereka. Subhanallah. Saya agak terkejut melihat kelibat mereka. "Mungkin memang sebegini rupa mereka" , getus hati ini.
Ada antara mereka siap memesan kepada pegawai farmasi yang bertugas, "Buatkan pekat sikit eh."
Malah ada juga yang meminta lebih dengan membawa botol lebih.
Namun, pharmacist yang bertugas di situ kekal cool walaupun dimarah2 dan didesak2 oleh "pesakit2" ini. Sangat kagum! :)
Saya juga dipesan oleh orang-orang di situ, agar tidak senyum kepada "pesakit2" ini, kerana dikatakan ada kes di mana, "pesakit2" ini suka kepada pegawai yang bertugas dan mengikutinya.
Ingat tu syahida, jangan senyum lebih-lebih.
Oklah, sampai di situ saja catatan saya untuk hari ini.
Esok bakal ke section methadone pula.InsyaAllah :)
Dengan harapan: sabarlah menunggu wahai patients ku, kami sedang bekerja keras dalam memastikan ubat yang betul serta dos ubat yang betul sampai kepada kalian :)
Sekian untuk kali ini. Wassalam

p/s: Sesuatu telah membuat saya tersenyum hari ini.Alhamdulillah

Monday, June 6, 2011

kesilapan



assalamualaikum.
bismillah ar-rahman ar-raheem.
hari ini membuatkan diri saya agak tertekan.
ya!diri saya agak tertekan kerana kesilapan yang saya lakukan.
memandangkan saya seorang yang perfectionist, saya tidak dapat menerima kesilapan =(
sungguhpun melalui kesilapan kita bisa mempelajari sesuatu.
aduhh..hospital attachment membuat kepala ni pening+pusing+penat (3P)
ya Allah, berikanlah daku kekuatan menghadapi semua ini.

Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang.

InsyaAllah, semuanya bakal ok selagi mana Allah ada di sisi.

Just have faith in Him

p/s: saya tak mahu depressed lagi.tak mahu insomnia lagi.tak mahu menangis lagi.cukuplah hanya dahulu saya merasainya.

Saturday, May 7, 2011

Dia...syurgaku

ibu dan adik di masjid nabawi

bismillah ar-rahman ar-raheem
Entah kenapa sejak solat maghrib tadi teringatkan ibu.sampai menitis airmata.ya Allah..lemahnya hati ni..pelbagai kisah ibu kongsikan bersama saya.Alhamdulillah.saya punya ibu yang sedemikian hebat..walau adakala berselisih pendapat…maafkan ude ibu L
seusai solat maghrib tadi, semua kisah berlegar di ruang minda..
ibu…
  1. Terima kasih sebab sudi bawa ude pergi bilik kecemasan sewaktu di mersing sebab ude kena sengat dengan 27 ekor penyengat.ude ingat lagi.time dekat bilik kecemasan tu, ude dah tak sedar apa pun.yang ude sedar time ibu marah medical officer tu salah cucuk jarum dekat tangan ude untuk infuse apetah..normal saline agaknya..time tu ude darjah 2..tangan ude halus je (kurus)..maybe orang tu gabra, die cucuk tak mengena and jarum terkeluar dari tangan ude..menitis darah ude ke lantai.tapi ude tak rasa apa..separa sedar agaknye..time tu juga ude terdengar ibu naik suara pada orang tu. Ibu cakap  “awak buat macam mana ni?” lepas tu ude nampak makcik cleaner mop lantai bekas darah ude tu…lepas tu..ude dah tak ingat apa dah..tiba-tiba ude sedar (uda tak tahu berapa lama ibu tunggu dekat situ), kita dah boleh balik dah..alhamdulillah..kuat juga uda rupanya.. =p terima kasih ibu kerana sudi risaukan ude..
  2. ude ingat lagi masa ude baru daftar masuk kolej matrikulasi Melaka, ibu ayah and adik2 semua ikut.kita tidur dekat tanjung bidara. Masa hari pendaftaran tu, ibu tak tegur ude langsung.pandang ude pun tidak.lepas tu ibu cakap dengan ayah, “jom bang,kita balik”. Time tu ude sedih betul. Dalam ramai-ramai parents, family uda lah yang balik paling awal. Dah lah tu 1st  experience ude berpisah dengan keluarga. Ude nangis masa tengok kereta ayah makin lama makin jauh tinggalkan ude. Sambil tu ude marah2 ibu dalam hati. Kenapa ibu buat ude macam ni. Rupa-rupanya baru ude faham. Ibu pun tak sanggup nak pisah dengan ude. Ibu tak sanggup tengok ude sedih. Sebab tu ibu nak balik cepat-cepat. Maafkan ude bu sebab dah salah faham terhadap ibu…
  3. terima kasih juga bu sebab sudi melayan ude nangis setiap hari waktu 2bulan pertama dekat matrik. Setiap hari ude nangis. Setiap malam ude cakap dengan ibu yang ude nak keluar matrik. Nak masuk form6. Lepas tu ibu layankan. And sampai sekarang ude ingat ayat ibu “boleh..nak masuk form6 boleh..tapi kite cuba dulu matrik ye..” rupa2nya ibu tipu ude. Ibu tipu kerana ibu nak ude bertahan dekat sana. Dan akhirnya, Alhamdulillah.sangat enjoy hidup dekat matrik. Macam2 ude belajar J
  4. masa dekat matrik juga ude balik almost every weekend. And setiap kali nak balik ke matrik semula, uda akan suruh ibu masakkan ude buat bekal balik. Ada 1 hari tu, ude mengada2. Ude mintak ibu buatkan sate. Ibu turutkan walau ude tahu, ibu mana pernah buat benda tu untuk anak2 ibu yang lain. Ibu keluar cari lidi sate. Ibu keluar cari daging ayam. Ibu keluar cari rempah ratus. Ibu perap daging ayam tu. Dan akhirnya siap. Kesian ibu. Penat. Tapi ude tersenyum puas dapat bawa balik bekalan tu ke matrik. Seusai sampai matrik, ude terlupa sate tu. Sampai hari keesokannya masa nak ke kuliah. Baru ude teringat. Sate tu dah basi. Ude nangis buang sate tu. Ude terbayang muke penat ibu untuk penuhi kehendak ude. Sebab tu kalau ibu perasan, ude dah tak mintak ibu masak apa-apa untuk ude bawa balik ke matrik malah ke university. Ude serik L
  5. dan terima kasih jugak ibu sebab bagi banyak kasih sayang dan perhatian dekat ude dan adik2 ude. Masa ibu jaga kakak baru2 ni untuk jalani pembedahan tulang belakang. Ude sayu sangat tengok ibu. Ibu sanggup tidur dekat hospital atas kerusi malas (sebelum kakak dipindahkan ke wad kelas pertama). Sayu ude tengok ibu. Mesti sakit badan ibu kan? Lepas tu, time kakak dalam operation theatre for almost 8-9hours, ude tengok ibu resah gelisah dalam bilik menunggu. Ibu baca yaasin je. Ibu pun tak lalu makan. Ya Allah, hebatnya diriMu mengurniakan ibu sehebat ini buat diriku dan adik2ku. Terima kasih ya Allah.. J
  6. lepas tu, ude ada termarah boy adik ude. Sebab dia asyik malu2 je bila ibu cium pipi dia depan kawan-kawan dia. Ude pesan dekat dia (entah dia ingat ke tidak pesan ude ni) “awak malu ibu cium awak?awak rasa ibu malu tak time lahirkan awak?terpaksa tunjuk benda yang “disimpan” yang tak sepatutnya ditunjukkan pada doctor and nurse yang sambut awak?awak rasa ibu malu tak?”


ya Allah ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah ibu bapaku seperti mana mereka mengasihi dan menyayangi ku sewaktu aku kecil. ameen

ibu dan adik di masjidil haram

Friday, April 29, 2011

cinta hati vs cinta hati-hati


bismillah ar-rahman ar-raheem.
Alhamdulillah.setelah beberapa hari tak meng-update blog, berjaya lagi mencuri mencari masa untuk melakukannya :)
tiada apa yang ingin dikongsikan bersama.
cuma kebelakangan ini, ayah ada bertanyakan soal jodoh kepadaku.
dan ada beberapa sahabat yang juga bertanya isu yang sama kepadaku.
bukanlah aku tidak mahu bercinta.namun aku mendamba cinta yang HALAL
buat masa ini, fokusku lebih ke arah pelajaran (selayaknya diriku bergelar mahasiswi).
insyaAllah, sampai tika dan waktunya, akan jua diri ini fikirkan soal c i n t a ni..
kepada mereka yang menyimpan perasaan terhadapku (entah ada dan kemungkinan besar tiada.wallahuallam) tu..simpan dahulu kata cintamu.simpan dahulu kata rindumu.usah biarkan ku tahu akan perasaanmu kala ini..
biarlah kita saling bercinta melaluiNya.hanya kepadaNya kita menyatakan cinta.hanya kepadaNya kita meluahkan rindu.dan hanya kepadaNya kita menyerahkan sebuah harapan bernama DOA...
insyaAllah, Dia telah melamarmu buat diriku dan Dia juga telah melamar diriku buat dirimu sejak sebelum kelahiran kita lagi.segalanya telah tercatat di Luh Mahfuz...
YAKINILAH! :)

Wednesday, April 13, 2011

Profile picture


assalam alaykum
alhamdulillah.hari ini masih berkesempatan dan "terasa" nak update blog.hehe
isu kali ini agak santai.profile picture or lebih mudah disebut propic :)
adik saya pernah bertanya, kenapa kak ude tak letak propic dekat fb?
haha.memandangkan adik saya da tegur, maka saya cubalah meletakkan gambar sendiri di fb sbg propic.
cubaan pertama...picture upload in progress...ok..done..
namun, saya delete gambar tersebut sambil berkata dalam hati: malunye.buruknya muke aku..
cubaan kedua menggunakan gambar yang bajet comel pula..ok..picture upload in progress..done..
meng-alter thumbnail view pula..erm..
delete kembali..sambil berbisik dalam hati: ya Allah.malunye.xcomel langsung...
cubaan ke3 menggunakan gambar yang konon-konon jelita pula..erm, picture upload in progress...done
haddoi!~ delete kembali..segan masih beraja di hati =.="
manakan tak segan, begitu ramai gadis2 cantik di fb sana andai nak di bandingkan dengan diri ni.antaranya:

heliza helmi yang cun melecun

hana tajima yang jelita

syahida yang comot

oh sungguh tiada keyakinan! :(
jauh nugget dari kuali :)



Friday, April 8, 2011

DIAM


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu alaykum..
Alhamdulillah.setelah lama tak nge-update blognya, kali ni berkesempatan nge-update blognya (akibat tak tahu nak buat apa selepas tidur terlalu lama =p)
seusai bangun dari tidur..terlintas 1 perkara yang pernah seorang shbt ajukan kepada sy.soalannya ringkas:
"Bagaimana ya syahida untuk bercinta dalam diam?"
hehe.pertama kali soalan ini diajukan.sy tersenyum.ya~ bagaimana mungkin untuk bercinta dalam diam.bukankah sesuatu itu perlu dilafazkan agar ke2-2 pihak saling mengerti?bukankah perasaan itu 1 ekspresi minda dan hati?aduh~
sy menggaru kepala yang tak berapa gatal dengan harapan neuron2 otak sy bisa berfungsi dengan lebih aktif.
erm, akhirnya tercetus ilham dari Allah yang mungkin membantu dalam memahami konsep ini:
"Jika dia tak mampu memahami diamku, bagaimana mungkin dia memahami perkataanku"
naaah~ aku kembali tersenyum.jawapan yang ringkas.tapi cukup untuk memuaskan hati jua mindaku =)

dan usah bimbang..akan aku lafazkan cintaku di hadapan waliku kelak saat dirimu melafazkan: aku terima nikahnya Nursyahida binti Abdul Rashid dengan mas kahwinnya sebanyak RM22.50
InsyaAllah...

sedikit pesanku buat sesiapa yang membaca blog ini:
cinta manusia ibarat candu,
makin ditagih makin merana...
cinta Ilahi ibarat madu,
makin diraih makin bahagia..
insyaAllah...

bukankah bahagia itu ada disisi Tuhanmu? (",)

konklusi: certain things are better left unsaid =)