Friday, August 12, 2011

ukhuwwah :)


Bismillah ar-rahman ar-raheem
Alhamdulillah.Masih berpeluang lagi nge-update blognya. Padahal saja2 menggatal nak update blog =p
Ukhuwwah...Mudah dilafaz namun payah dijaga akan haknya...Semoga kita mampu melaksanakan hak-hak kawan-kawan kita.InsyaAllah... :)
Bercerita tentang ukhuwwah..sedang saya mengemas bilik yang bersepah macam motobot tersadai kematian enjin, tiba-tiba saya terjumpa:

cenderahati gathering kerabat Devotees *2005*
Haa, CD tu merupakan cenderahatilimpabuahpinggangjantungparu-paru sempena gathering KD :)
Subhanallah..sebenarnya dari situlah saya mula berubah menjadi diri saya pada hari ini.Alhamdulillah.
Nak ikutkan dulu saya ni anti sikit nasyid-nasyid ni..minat kumpulan-kumpulan yang mengekspresikan hasrat remaja la konon..cam Busted (minat thp tenuk tanah),etc..Then, si kakak saya *Nurul Ain Abdul Rashid* asyik buka radio IKIM dan buka lagu-lagu nasyid memandangkan dia kaya dengan kaset nasyid..mula-mula tu bengang jugak..Tapi dah terpaksa dengar sebab kami berkongsi bilik =.=
Lepas tu, dia slow-slow ajak saya join kuliah ilmu or show nasyid lak..hahaha..mula-mula rasa ganjil jugak..tapi Alhamdulillah..bila kita berjumpa dan bergaul dengan orang-orang yang baik-baik ni..insyaAllah hati kita akan terarah sama :)
Antara sahabat-sahabat yang hebat yang saya sempat kenali:

Kak Husna yang sangat baik. Dulu selalu g UKM jumpa dia :)

Firdaus :)
masa ni dia ikut hantar kakak saya fly ke Ireland.
Jgn timbulkan apa-apa gosip ye.Mrh peminat dia nnt :)

Gambar masa form 5 budak hingusan lagi
Baju biru tu kakak saya *Nurul Ain* :)
Masa ni dia jugak yang ajak join gath ni.Hehe

Devotees & my femli.
*me, not in d pic =p

P/s: Bergaul lah dengan mereka yang baik-baik. Moga-moga kita juga bisa menjadi baik seperti mereka.insyaAllah :) Dan berhijrahlah kerana Allah, sesungguhnya itulah yang lebih utama
Jaga ukhuwwah yang terbina..Tunaikan hak kawan-kawan kita..Moga Allah redha :D

Wednesday, August 10, 2011

Hobi Baru! :)

Bismillah ar-rahman ar-raheem
Alhamdulillah..hari ini masuk hari ke 11 kita berpuasa...bermakna 1st trimester of puasa telah berlalu (cewah!macam mengandung la pulak)..hehe
Bagaimana Ramadhan kita kali ini?Lebih terisi atau lebih "berisi"? =p
Alhamdulillah..Ramadhan kali ini buat saya lebih bermakna..Ini adalah kerana setelah 4 tahun berturut-turut sebelum ini saya berpuasa bersama rakan-rakan..menghadiri kuliah..menyiapkan assignments..menghadapi tests mahupun presentations..Dan lain-lain dan AKHIRNYA
Alhamdulillah cuti semester kali ini yang panjang mengalahkan cuti bersalin ter-overlapped dengan bulan Ramadhan..Makanya, berpeluanglah saya berpuasa bersama keluarga dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadah.InsyaAllah *no more ponteng2 terawih especially bila meja study dan organizer dipenuhi dengan "undangan" tests+presentations+assignments+lectures sampai pukul 5/6pm*
Bercakap berkenaan hobi.Hahaha.entah kenapa Ramadhan kali ni saya berkenalan dengan hobi baru..yakni  *jeng3x* : MEMASAK


Muslimah Master Chef :)


Terasa seronok pulak bila tengok masakan kita tu habis dimakan oleh adik-adik.Alhamdulillah
Bukan apa, sebelum ni saya memasak (di rumah sewa) sekadar 1 tuntutan bukan hobi. Kalau tak masak, alamatnya berbunyi blender la perut ni haa..haha
Tapi lately, entah kenapa gemar pulak memasak.
And hari ni insyaAllah nak buat aiskrim goreng pulak.Mengidam =p
Oklah.Sampai sini saja conteng-contengan saya.InsyaAllah blog ni bakal diupdate lagi :)
Ilal liqa' wa ma'assalamah

P/s: Lala masak sambal, Enoki mushroom masak oyster sauce, Udang goreng tepung.Licinnnnn~~ :)

Monday, August 8, 2011

ulang tahun kelahiran :)


Bismillah ar-rahman ar-raheem
Alhamdulillah.pada 1 Ogos yang lepas genaplah usia saya 22 tahun. Bermakna sudah 22 tahun saya mengembara di bumi Allah. Telah banyak dosa yang terlakar dan silap yang tercalar. Ampuni daku wahai Tuhan..
Dan semalam, 8 Ogos 2011, telah sampai 1 bungkusan beserta surat dari seseorang. Subhanallah. Di dalamnya terkandung hadiah dan ucapan hari jadi. Terima kasih ya sahabat :)
Tak sangka bahawa diri ini masih di ingati walaupun awak jarang saya hubungi.
Terima kasih juga kerana tidak pernah gagal memberikan kejutan untuk ulang tahun kelahiran saya sejak beberapa tahun lepas.
Semoga awak sentiasa di bawah perlindungan dan jagaan Allah.
Allahumma ameen~
Dan terima kasih juga buat sahabat-sahabat dan kenalan yang memberikan ucapan selamat kepada saya.
Maaf kepada sesiapa yang tak sempat saya reply birthday wish nya tu.
Hanya Allah saja yang layak membalas jasa kalian.
Jazakumullahu khairan jazak :)
Wassalam

Handphone dari ibu.
Phonechain dari dia.
Terima kasih :)


Tuesday, August 2, 2011

alhamdulillah & Ramadhan :)


Bismillah ar-rahman ar-raheem..
Alhamdulillah wa syukurillah..kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini :)
maafkan saya kerana dah lama tak nge-update blog..sibuk dengan pelbagai tugasan..
maaf kepada sesiapa yang menunggu terutama Doktor mas (adik akak sorang ni) :)
ni akak dedicate post kali ni buat adik ;)
alhamdulillah, saya baru saja selesai menjalani attachment di community pharmacy..
pelbagai perkara yang dapat saya observe serta pelajari sepanjang tempoh attachment di sana..
namun, 1 perkara yang saya masih gagal menguasainya adalah meng-entertain customer... :(
subhanallah..diri ni masih malu-malu..terutama customer lelaki..
hari pertama sahaja telah diusik oleh seorang pakcik tua ni..tiba-tiba si pakcik ni berbisik *sambil dengan muke gatal* ITALY..
saya yang kebluran lantas bertanya, yes sir, whats with Italy?
beliau dengan selamba menjawab: I Trust And Love You
astaghfirullah...bawa-bawa istighfarlah pakcik...ingat isteri and anak-anak dekat rumah tu..
tapi itulah ragam manusia yang perlu kita fahami..mungkin si pakcik tadi perlukan perhatian..hehe
bercerita tentang glucose test pula..aduhai~
glucose test adalah ujian kadar gula dalam darah yang mana kita perlu mendapatkan setitis darah dari jari patient/customer dan di letakkan atas strip and will be read by the device (glucometer)..
haa~ here comes my weakness..setiap kali wat glucose test..diri ni mesti menggigil..especially bila yang datang tu org tua..takut mereka sakit..aduhai syahida~ =.="
tapi alhamdulillah..so far semuanya ok..sampai ditegur dengan staf kat situ: awak ni lembut sgt la syahida
hahaha...
pengalaman seterusnya adalah penjualan jarum untuk suntikan insulin..
isk2..memandangkan saya yg lurus bendul ni..setiap customer yang datang mencari jarum ni, saya akan supply..
tp, my pharmacist taught me 1 thing: before we supply the needles to the customer, we must look at the customer 1st
saya pun try mengaplikasikan ilmu tersebut la.subhanallah...ada pelbagai fungsi rupanya jarum ni.antaranya:
  1. mat gian menggunakan jarum ini untuk menyuntik dadah
  2. mak nyah menggunakan jarum ini untuk menyuntik hormon
  3. ada customer menggunakan jarum ini untuk ink printer!
haha..multipurpose needles~ :)
dan macam-macam lagi sebenarnya yang dapat saya pelajari sepanjang tempoh attachment..alhamdulillah..
dan ilmu tersebut tak dapat dipelajari dari buku-buku which is ilmu ragam manusia :)
and the challenges that being faced by community pharmacy is different compared to the hospital setting.antara:
  1. di community pharmacy, kita harus menggunakan bahasa melayu biasa dan bukan bahasa saintifik and medical terms yang kita dok belajar dalam dewan kuliah di sebabkan kita berhadapan dengan orang yang dari pelbagai lapisan masyarakat.so agak kekok di situ. eg: ubat cair darah instead of antiplatelet,ubat buang air instead of diuretics, muscle pain instead of myalgia,etc.unlike di hospital, yang mana kita di kelilingi dengan golongan professional yang fhm akan terms ni :)
  2. drugs abusers.Allahu rabbi..di community pharmacy ni ade pelbagai cobaannye..pernah sekali tu ade 1 customer yang mahu membeli berpuluh2 strips Pengesics aka Tramadol..maaf..kami xboleh supply..dan kami juga perlu merekod segala pergerakan ubat yang keluar-masuk especially ubat kawalan spt: dextromethorphan, pseudoephedrine,codeine and macam2 yang potentially being abused by people.
  3. ragam manusia yang pelbagai.ade yang garang.ade yang gatal.and macam2 lagi.kena sabar je la.because customer always right.kena senyum dan istighfar je la :)
  4. perlu menghafal nama drugs and their brand names instead of their generic names saja.wow!ini betul-betul dugaan.alang nak menghafal nama drugs saja dah terkial-kial.inikan pula nak hafal brand names mereka?haha..well, itulah tuntutannya.kerana most customers come with brand name of the medicine in their minds.eg: enalapril, kita ada Renitec, Invoril, Acetec and so many more.so, what i did was: ambil leaflet dalam kotak-kotak ubat.baca and try hafal semua info dalam tu :)
1 daripada medication leaflet

oh ye.sedar tak sedar Ramadhan datang lagi!mari sama-sama manfaatkan peluang tersebut sebaik mungkin.
semoga amal kita ada nilainya di sisi Allah.allahumma ameen~ :)
selamat menjalani ibadah puasa semua! :)


p/s: kebanyakkan yang ambil pil perancang adalah golongan lelaki lembut.Astaghfirullah...

Friday, June 10, 2011

senyum =)


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Selesai sudah saya menjalani attachment di inpatient pharmacy =)
Lepas ni ke outpatient pharmacy pula. InsyaAllah.
Syukur sangat2. Pelbagai ilmu dan pengalaman saya timba ketika di inpatient pharmacy. Inpatient pharmacy merupakan pharmacy yang mana meng-supply ubat-ubatan ke ward (sama ada paediatric, getriatric, gynaecology ward, ICU, CCU, CICU, etc) serta ubat-ubat kepada discharge patient yang mana baru dibenarkan keluar dari ward.
Di inpatient pharmacy, kami ditempatkan di pelbagai section. Secara ringkasnya, schedule saya spt berikut:
  1. Hari pertama di inpatient ward (IPW)
  2. Hari kedua di Therapeutic Drug Monitoring (TDM)
  3. Hari ketiga di Methadone preparation
  4. Hari keempat di inpatient chemotherapy (IPC) dan di sterile complex
  5. Hari kelima di Dangerous Drugs dan infectious disease ward (ward round)
Subhanallah. Pelbagai ilmu dan pengalaman saya observe dan kutip sepanjang berada di sini.
1 of them yang saya tak mampu lupakan adalah ketika "patient" methadone mengamok kerana ubatnya lambat siap. Sampai sekarang masih berlegar-legar dan terngiang-ngiang kata-katanya: Kau tu yang salah! Sebab kau tu tak berpengalaman! 
Kecoh sebentar di inpatient pharmacy, kemudian keluar seorang senior pharmacist di situ berkata: Encik, sini hospital. Tolong jangan tinggikan suara.
Fuuhhh~ betul-betul teruji ketabahan dan kesabaran di situ =(
Antara section lain yang saya gemar adalah TDM section. Di situ kami akan menerima blood sample from the patient dan seterusnya run blood sample tersebut di makmal perubatan (tingkat 4). Blood sample tadi di run untuk mengetahui plasma or serum drug level of the patient. Memandangkan ada sesetengah drug toxicity is related to their respective concentration in blood. After run the blood sample by the makmal perubatan, result akan dimasukkan ke dalam system. Dan kami akan check result tersebut di komputer dan rekodkan. Selepas itu, kami akan tentukan sama ubat tersebut overdosing or underdosing dan sebagainya. Dan membuat recommendation kepada doctor whether to change the dose, frequency or withold the drug =)
Sounds easy right? Tapi secara realiti nya, tidak! there are several factors that we need to consider first before we are deciding to do some recommendations.
Saya juga berkesempatan untuk berkenalan dengan orang yang hebat-hebat di situ, antaranya:
  1. Kak mariani (PRP: Provisionally Registered Pharmacist)
  2. Kak shafika (PRP)
  3. Kak mysarah (PRP)
  4. Kak menaha (PRP)
  5. Senior syamil (PRP)
  6. Senior izzudin (PRP)
  7. Kak nani (Pembantu perubatan)
  8. Student diploma farmasi uitm
  9. Student diploma farmasi kolej mahsa
Dan ramai lagiiii =)
Subhanallah. Mereka hebat-hebat belaka. Saya harus belajar dengan mereka untuk kekal bersikap positif in what ever situations and remain cool all the times =)
Oklah, sampai di sini sajalah catatan kali ini. Nak siapkan assignment pula. InsyaAllah
Wassalam

p/s: Jangan lupa lebihkan senyuman =)

Tuesday, June 7, 2011

sabar


Bismillah ar-rahman ar-raheem.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.selesai sudah hari ke2 di inpatient department. Hari ni, saya belajar pelbagai benda :)
Semalam saya ditempatkan di inpatient ward (IPW) yang mana agak sibuk dalam mengpakej (packaging) ubat dan dispensing the drugs. Ubat-ubat ini seterusnya akan diberikan kepada patient sama ada sebagai pesakit luar (yang sedang menunggu giliran di kaunter dan dibenarkan discharge) ataupun ke ward untuk di administer by nurses.
Hari ini pula, saya ditempatkan di therapeutic drug monitoring (TDM) yang mana saya telah pelajari ilmu farmakokinetik (sama ada mengira volume of distribution, elimination constant, half-life of the drug, predicted peak/trough plasma drug concentration dan membuat pengubahsuaian serta cadangan (recommendation) kepada doctors di mana-mana yang sesuai).
Sambil-sambil duduk menekun di section TDM, mata ini mengerling ke section methadone yang mana saya bakal ditempatkan untuk hari esok (InsyaAllah).
Methadone programme adalah program yang mana methadone diberikan kepada drug addict sebagai pegganti kepada morphine, heroine,etc. Ini bermakna, mereka yang dibawah program ini merupakan penagih dadah yang cuba dikawal penagihannya. Seperti sebentar tadi, section methadone agak sibuk dengan ramai "pesakit" yang menunggu di luar untuk mendapatkan methadone mereka. Subhanallah. Saya agak terkejut melihat kelibat mereka. "Mungkin memang sebegini rupa mereka" , getus hati ini.
Ada antara mereka siap memesan kepada pegawai farmasi yang bertugas, "Buatkan pekat sikit eh."
Malah ada juga yang meminta lebih dengan membawa botol lebih.
Namun, pharmacist yang bertugas di situ kekal cool walaupun dimarah2 dan didesak2 oleh "pesakit2" ini. Sangat kagum! :)
Saya juga dipesan oleh orang-orang di situ, agar tidak senyum kepada "pesakit2" ini, kerana dikatakan ada kes di mana, "pesakit2" ini suka kepada pegawai yang bertugas dan mengikutinya.
Ingat tu syahida, jangan senyum lebih-lebih.
Oklah, sampai di situ saja catatan saya untuk hari ini.
Esok bakal ke section methadone pula.InsyaAllah :)
Dengan harapan: sabarlah menunggu wahai patients ku, kami sedang bekerja keras dalam memastikan ubat yang betul serta dos ubat yang betul sampai kepada kalian :)
Sekian untuk kali ini. Wassalam

p/s: Sesuatu telah membuat saya tersenyum hari ini.Alhamdulillah

Monday, June 6, 2011

kesilapan



assalamualaikum.
bismillah ar-rahman ar-raheem.
hari ini membuatkan diri saya agak tertekan.
ya!diri saya agak tertekan kerana kesilapan yang saya lakukan.
memandangkan saya seorang yang perfectionist, saya tidak dapat menerima kesilapan =(
sungguhpun melalui kesilapan kita bisa mempelajari sesuatu.
aduhh..hospital attachment membuat kepala ni pening+pusing+penat (3P)
ya Allah, berikanlah daku kekuatan menghadapi semua ini.

Mengharap senang dalam berjuang bagai merindu rembulan di tengah siang.

InsyaAllah, semuanya bakal ok selagi mana Allah ada di sisi.

Just have faith in Him

p/s: saya tak mahu depressed lagi.tak mahu insomnia lagi.tak mahu menangis lagi.cukuplah hanya dahulu saya merasainya.