Bismillah ar-rahman ar-raheem...
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengupdate blognya :)
Alkisah, baru-baru ini ada seorang hamba Allah yang katanya berkenan dengan saya (wallahu'alam)
Perkenalan kami cukup mudah, sewaktu saya menjalani sesi attachment di salah sebuah hospital...
Si dia merupakan pharmacist di situ...kami tidak berbual dan tidak bertegur sapa...
Sekadar dia memberi pinjam kadnya untuk membolehkan saya akses pintu-pintu di hospital..
Perkenalan kami setakat di situ...
Pada suatu hari, saya ternampak akan FB nya.lantas saya add si dia untuk mengucapkan terima kasih atas jasanya..*kerana saya tidak berterima kasih kepadanya sewaktu memulangkan kad dia*
Atas sebab-sebab tertentu, si dia meninggalkan nombor fon nya di inbox mesej FB
Dan atas sebab tertentu juga saya menghubunginya..
Pada keesokan harinya, dia menyatakan hasratnya bahawa dia meminati saya dan ajak saya mencari cincin untuk bertunang...
Allahu rabbi!saya tegaskan pendirian saya bahawa sungguhpun andai kami bertunang, si dia tetap tidak akan mendapatkan cinta saya sehingga lah kami menikah..
Saya katakan padanya: CINTA SAYA BUAT YANG HALAL SAHAJA
Alhamdulillah..dia faham..lantas dia ajak menikah tahun depan yakni selepas saya selesai menghabiskan sesi pembelajaran saya...
Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya ingin selesaikan tempoh housmanship@practical saya selama setahun.lantas saya mengatakan kepadanya: Andai awak sanggup tunggu, silakan...Andai tidak, sila cari yang lain
Secara jujur, kami jarang menghubungi 1 sama lain atas dasar ingin menjaga hati masing-masing..
Kami bimbang andai maksiat akan beraja di hati kami...
Kemudian pada bulan Ramadhan lalu, seusai solat terawih..saya mendapat mesej darinya bertanyakan: Siapa lelaki ajnabi yang ada di hati awak sebenarnya?
Saya membalas mesej tersebut: Demi ALLAH, tiada.
Kemudian kami kembali senyap tanpa menghubungi 1 sama lain...
Dan semalam sekali lagi saya mendapat mesej darinya berbunyi: Salam syahida..awak jangan tunggu saya lagi..kita jadi kawan..saya tak layak untuk awak..saya tak dapat bagi komitmen pada awak..
Dan saya membalas mesej tersebut: Assalamualaikum.Baik.insyaAllah.Maaf atas segala salah silap sepanjang perkenalan kita
Dan kami kembali senyap :)
Alhamdulillah..saya kembali lega :)
Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu...
Kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, kata-kata manja yang menggoda yang boleh meruntuhkan iman...
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu...
Cuma keperibadiannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu...
Jika kau tetapkan ia atas jalan yang diredhaiNya, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama :)
![]() |
| :) |
Taaruf-->Khitbah-->Istikharah-->Nikah
InsyaAllah :)
NO COUPLE BEFORE AKAD
InsyaAllah :)
NO COUPLE BEFORE AKAD


















