Wednesday, October 19, 2011

STRONG!



Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga report for patient's case di ward nephro!fuh! (sambil mengosongkan udara-udara di alveolus)
Baru-baru ni saya rasa sangat lemah! SANGAT
Setiap hari saya doa pada Allah agar dikurniakan kekuatan.

Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang sekadar kesanggupan hatinya


Sesungguhnya dalam kesusahan ada kemudahan dan BENAR dalam setiap kesusahan ada kemudahan


*sambil muhasabah diri*

Sekadar perkongsian sekeping gambar yang memotivasi (bukan meMATIBASI) diri

If he can overcome the obstacles, why can't I?
There is no such disability in this world, indeed they own different abilities

Moral of the post:

  1. Never give up! Winner never quit, quitter never win.



Syahida si gadis otromen yang kuat jugak!
hehe

Monday, October 17, 2011

ZERO is HERO!

don't forget!
zero is still a number.

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.hari ini msh mencuri masa (ini memang betul2 curi masa; take 5 dari buat assignment) untuk nge-update blog terchenta ni :)
Sekadar perkongsian ringkas dari seorang sahabat, yang mana bagi saya amat mendalam (sedalam jurang Mariana) maknanya:

"Jadilah macam nombor 0, walaupun selalu dikatakan tiada nilai, tapi bila berada di belakang nombor lain, nombor itu akan jadi berganda besarnya"

Mesej ringkas dari kata-kata ini:
  1. Nothing is nothing. Kerana setiap sesuatu ada fungsinya. Tidak Allah jadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia-sia. Sesungguhnya jauhlah sungguh Allah dari sifat yang jahil kerana Dia Maha Bijaksana
  2. Merendah diri bukan bermakna hina, meninggi diri bukan bererti agung. Jadilah seperti 0. Merendah diri, namun punya impak yang signifikan pada nombor-nombor (ahli-ahlinya) yang lain.
  3. Utamakan pandangan Allah dari pandangan makhluk. Acapkali kita gagal memandang akan kehadiran 0. Namun, dalam diam dia memberi erti. Tak hidup dek puji, tak mati dek keji.
Allahu'alam

Saturday, October 15, 2011

memufliskan diri

bankrupt due to excessive shopping disorder

Assalamualaikum. Alhamdulillah.Masih "berusaha" mengupdate blognya setiap hari (memandangkan deactivation of my fb account, thus, i'm diverting my focus towards my blog.Although i know, i have less "readers" here rather than dekat fb.hehehe) *syok sendiri* =p

Semalam, bersamaan 15 Oktober 2011, hari Sabtu. Saya dan rakan-rakan serumah telah berjaya mencari masa (Fuh!finally!) untuk keluar bersama-sama dan bershopping sedikit (sesuai di aplikasikan kepada kawan-kawan dan bukan saya.haha.)
Kami bertolak selepas solat zohor, kira-kira pukul 2.30pm dan kami selamat sampai ke rumah sekitar pukul 9.50pm (bayangkan.kami solat asar,maghrib dan isya' di luar.kalau ibu tahu ni, mesti dia risau.almaklumlah.anak daranya pulang malam)
Kami mulakan aktiviti dengan lunch terlebih dahulu di foodcourt Sogo. Saya makan chicken chop, whereas ada yang makan sizzling noodles, etc.
Alhamdulillah.Selesai menambahsempitkan perut, kami terus meneruskan aktiviti nyopping kami.Sempatlah beli kasut dan beberapa pakaian di sana.
Tiba-tiba si kekasih hati (of kos ibu!) telah call.
Sedang kami asyik berbual, tiba-tiba soalan "maut" terpacul dari mulut ibu.

Ibu: Awak dah ada pakwe tak?
Syahida: Takde bu, semua jodoh da lari (sambil gelak-gelak kecil)
Ibu: Itu doa tu.
Syahida: Eh,tak tak bu.Gurau2 je.hehe.Ibu carikanlah.Ude tak reti la.
Ibu: Nanti ibu carikan awk tak berkenan pulak macam Angah.Ibu da carikan.Dia tak berkenan pulak.
Syahida: *Menukar topik perbualan*

Siapa lelaki itu, masih menjadi persoalan. Ia di dalam rahsia Allah.
Sabar menunggu dan sabar mencari.

Selesai berbual dengan ibu dan ayah, kami kembali "menawaf" Sogo.
Sedar tak sedar jam menunjukkan sudah pukul 5.30pm. Lantas kami solat asar di surau Sogo (Alhamdulillah.Surau masih penuh.Menjadi indikator bahawa umat Islam di Malaysia masih mengamalkan ajaran Islam)
Selesai solat asar, kami jalan-jalan di sekitar jalan TAR dan Masjid India.Kami pun meneruskan aktiviti kami nyopping dan nyopping dan nyopping.hehe
Sempatlah mengaut beberapa tudung dan baju labuh :)
Konklusi: Pada hari itu sahaja, saya telah terbeli:

  1. 1 pasang kasut
  2. 3 helai baju (1 kemeja, 1 dress labuh, 1 pasang baju kurung)
  3. 2 helai tudung
  4. 1 beg

Sedang leka berjalan, kedengaran suara azan di laungkan.Lantas kami bergegas ke Masjid di sana untuk menunaikan solat fardu maghrib.

Sedang saya menunggu fardu isya' selepas solat fardu maghrib, kelihatan kelibat seorang kanak-kanak yang lusuh bajunya sambil menangis teresak-esak. Lantas saya mendekati kanak-kanak tersebut.

Syahida: Kenapa nangis ni sayang?
Adik: Tadi saya jatuh dekat tangga masjid.
Syahida: Ya Allah.Habis tu berdarah tak? *Sambil mengurut tempat yang dia urut di badannya*
Adik: Sakit.. *Sambil menyeka airmatanya*

Sedang berbual dengan adik tersebut, kelihatan seorang warga tua yang OKU berhampirannya. Berdasarkan pemerhatian saya, makcik tersebut merupakan pesakit Scoliosis yang teruk sehingga menyukarkannya untuk berjalan.

Severe scoliosis

Saya berbual seketika dengan makcik tersebut. Rupa-rupanya beliau merupakan emak kepada kanak-kanak tersebut. Saya sempat berbual dengan mereka dalam 15-20minit sahaja sebelum azan isya' berkumandang. Secara ringkas, melalu perbualan tersebut saya mendapati makcik tersebut merupakan seorang OKU yang bekerja sebagai cleaner di salah sebuah sekolah di JB. Tujuannya datang ke KL adalah untuk menyelesaikan urusan duit kebajikan bagi menampung kos sara hidup buatnya dan anaknya. Beliau sudah kematian suami dan hidup menyewa di sekitar JB.Beliau akan tidur di masjid sehingga hari Isnin untuk menyelesaikan urusan tersebut.

Allah!bagaimana mungkin seorang OKU bersama seorang anak kecil boleh disuruh ke sana ke mari untuk menguruskan hal-hal seperti ini?Di mana peranan pihak-pihak berwajib? Sedangkan beliau sendiri perlukan bantuan untuk bergerak ke sana ke mari, adakah wajar kita menyuruh mereka berjalan jauh-jauh di negeri yang asing bagi mereka tanpa mempedulikan kebajikan mereka?entah tidur di mana,makan apa?

Seusai azan isya' dilaungkan, saya sempat meninggalkan pesanan buat adik tersebut.

Syahida: Adik belajar sungguh2.Jangan nakal2.Jangan susahkan emak.Jaga mak tu tau *Kelihatan terukir senyuman di wajah makcik tadi*
Adik: Baik kak.. *Sambil dia pun tersenyum*
Syahida: Ni makcik, duit yang tak seberapa untuk tampung makan minum makcik dengan anak makcik utk 1-2 hari ni.
Makcik: Terima kasih nak.. *Saya senyum dan terus bergegas ke hadapan untuk menunaikan solat fardu isya'*

Moral of the post:

  1. Ingatlah. Mereka memerlukan kita untuk urusan dunianya. Sedangkan kita memerlukan mereka buat urusan akhirat kita. Usah kedekut! Dalam harta kita ada hak mereka.
  2. Harta dan nikmat bukan untuk di riya' tapi untuk di infak.
Allahu'alam

Friday, October 14, 2011

kesan istikharah

multiple choices in life.
each choice may have its own consequences

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah.hari ni berjaya mencuri dan mencari masa untuk nge-update blognya :)
Berkaitan dengan tajuk, yakni: Kesan Istikharah
Stigma pemikiran muslim (khususnya Malaysia) untuk mengaitkan istikharah terbatas untuk urusan pemilihan jodoh semata-mata.

Tidak

Stigma tersebut harus diperbetulkan agar dapat membantu kita untuk lebih memahami konsep istikharah ini.
Istikharah bukanlah sekadar untuk menentukan pilihan jodoh semata-mata, akan tetapi ia juga boleh diamalkan dalam proses membuat apa-apa pilihan yang diberikan dalam hidup kerana segala sesuatu itu dalam pengetahuan Allah, maka hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat kita (sememangnya)


Seperti kata omputeh: Life is about making choices
Dan ditambah oleh saya yang tak berapa nak puteh: And He is the one who's responsible to give us the choices. Thus, to Him we should refer to. Allahu'alam


Doa solat istikharah


Alhamdulillah.Kesan istikharah yang saya amalkan dahulu kian menampakkan kesan.
Terutama pilihan untuk meneruskan sesi pembelajaran seusai tamat SPM.
Sebelum keputusan SPM diumumkan, saya telah mendapat panggilan temuduga untuk meneruskan pengajian di UK dalam bidang kejuruteraan.Namun, istikharah saya memberikan jawapan: Tidak
Kemudian, saya mendapat tawaran UPU untuk meneruskan pengajian di Pusat Asasi UM dalam bidang Sains Fizikal serentak bersama tawaran Matrikulasi...Alhamdulillah, istikharah saya menjawab kepada Matrikulasi
Selepas saya selesai menghabiskan program Matrikulasi saya, saya mendapat offer untuk meneruskan pengajian di Universitas Padjajaran, Bandung bagi bidang perubatan atau farmasi di bawah tajaan MARA. Namun, pilihan saya lebih ke arah jurusan farmasi kerana saya semampu boleh untuk tidak melibatkan diri dalam bidang perubatan yang memerlukan pengorbanan yang besar once i choose it and it lasts for the entire of my life *ya Allah,kurniakanlah keberkatan kepada para doktor yang banyak berkorban ini*
Dan pada masa yang sama, saya juga mendapat tawaran jurusan Farmasi yang menjadi pilihan pertama saya dari Universiti Malaya. Hanya tawaran meneruskan pengajian tanpa tawaran biasiswa.
Allahu Allah. Saya dalam dilema. Ingin meneruskan di Bandung berserta biasiswa kah ataupun di Malaysia tanpa biasiswa yang pasti?
Sekali lagi, istikharah dilaksanakan. Alhamdulillah, saya menolak tawaran MARA. Nekad memilih UM tanpa biasiswa yang jelas.
Dan kuasa Allah mendahului segalanya, sejurus saya mendaftar di UM, saya mendapat offer tajaan JPA :)
Kemudian baru-baru ini, pihak kementerian kesihatan Malaysia telah mengumumkan tentang pemendekan tempoh khidmat wajib bagi pegawai farmasi dari 3 tahun kepada 1 tahun atas sebab-sebab yang tertentu.

Pemendekan tempoh servis kerana sektor swasta kekurangan bilangan pegawai farmasi

Allah!saya jadi risau.Ini bermakna saya perlu bersaing dengan graduan-graduan farmasi dari universiti tempatan, kolej swasta, dan oversea graduates untuk pekerjaan.
Namun, Alhamdulillah, kesan istikharah mula memberikan jejak dan impak.

Pelajar tajan JPA tidak terlibat dengan pemberitahuan ini

Alhamdulillah wa syukurillah. Kemudian saya terfikir: Bagaimana jika saya tidak melakukan istikharah dan menerima tawaran MARA dahulu?


ما شاء الله
لا حول ولاقوة إلا بالله


MasyaAllah. Tiada daya kuasa atau kekuatan melainkan dengan izin ALLAH


Moral of the post:

  1. Istikharah tidak terbatas hanya untuk urusan pemilihan jodoh.
  2. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon petunjuk memilih yang baik menurut pengetahuanMu. Ya Allah, jika Dikau mengetahui bahawa urusan ini baik bagiku, agamaku, kehidupanku, dan kesudahan urusanku, buat masa kini dan masa akan datang, maka takdirkanlah ia kepadaku dan permudahkannya untukku, kemudian berkatkanku padanya..

Allahumma ameen~

Wednesday, October 12, 2011

Nama yang Indah :)

syahid itu cita-cita setiap mukmin

Assalamualaikum wbt.
Bismillah ar-rahmaan ar-raheem.Alhamdulillah wa syukurillah atas segala nikmat yang sudi Allah pinjamkan kepada diri yang serba dhaif dan hina ni selayaknya status seorang HAMBA.
Allahu Allah...lemah dan longlai semangat diri ni tatkala kesibukan sebagai final year senior jurusan farmasi mula mengambil tingkah.. (kuatkan daku ya Rabb)
kelas bermula awal pagi sehingga petang..sambung pula ke ward sehingga waktu malam (memandangkan segala info pesakit berkaitan plan and management tidak digunakan oleh para doktor,nurse,physiotherapist,etc waktu itu) untuk memudahkan urusan clerkship..dan malamnya pula selepas balik dari ward, sambung pula dengan study, finishing the clerkship, assignments, preparing for the test, membaca clinical practice guidelines as to manage the patient properly, membaca journal dan artikel sebagai persediaan untuk final year project dan sebagainya..
Allah!di mana pula pengisian akhirah jasad ni? :(

diambil dari: sayadoktor.blogspot.com

Adakah saya juga antara pesakit yang terkena jangkitan syndrome ADD ni?
Nauzubillah min zalik. Semoga Allah terus menerus mengurniakan hidayahNya buat diri ini.
Tolong ingatkan daku ya Tuhan

Mereka telah melupakan kepada Allah, maka Allah melupakan mereka (pula).
(At-Taubah: 67)



Saat putus asa mula menakluki minda dan pemikiran *akibat tekanan dan keletihan*, lantas gambar yang di atas ni (top picture) telah membangkitkan semangat diri.
Sesuai dengan nama yang ibu dan ayah berikan yakni: Nursyahida Abdul Rashid
Sewajarnya diri ini punya cita-cita untuk syahid.subhanallah!amatlah indah nama yang diberikan.
Terus asa patut menjadi pegangan tatkala diri diuji, bukan putus asa. (Maafkan daku yang Tuhan)

Seterusnya, ada 1 persoalan yang kerap menjadi persoalan kebelakangan ni. Yakni berkaitan dengan kerjaya akan datang.

Senario 1
Fina: Syahida, tadi kita jumpa Datin Jun masa dekat kafe. Dia tanya pasal awak.
Syahida: Eh, kenapa ek?Kita ada buat salah ke?
Fina: Takla.Dia tanya awak nak jadi lecturer tak?
Syahida: Kenapa pulak dia cakap macam tu?
Fina: Entahla.Dia tanya kita tadi, kenal tak budak Johor yang kecik2 pakai spek tu?Saya suka dia la.Dia tak nak jadi lecturer ke memandangkan department kita nak dinaik taraf menjadi fakulti tak lama lagi.
Syahida: Entahla.degree pun semput ni.hehe

Fina merupakan coursemate saya. Datin Jun merupakan pensyarah saya.


Senario 2
Around 7.30pm after class.Along the corridor.

Syahida: Good evening doctor (while putting a smile on my face)
Dr. Zo: Good evening.Eh, you all baru habis kelas ye?
Syahida: Yup!doctor tak balik lagi?
Dr. Zo: I used to be here until night.
Syahida: Really?!So normally at what time will you go home?What about your sons and hubby punya respond?
Dr. Zo: Normally at 9pm. Ye la, if I go home sekarang pun jammed je jalan. Spend my time mcm tu je. Eh, you take Dr. Faizah punya title eh? (for final year project)
Syahida: a'ah :)
Dr. Zo: Pointer you berapa?Jejak 3 tak?
Syahida: Hehe.biasa-biasa je doctor..
Dr. Zo: You tak minat jadi lecturer ke?
Syahida: Haha.entahla ek.

Dr. Zo is my lecturer which being acknowledged for her contribution in research particularly in systematic reviews and meta-analyses all over the world. She always go to UK and seldom be here.She  is 1 of the member of Cochrane Colloboration (International organization)
link: 
http://www.cochrane.org

Well, let Allah decide. Secara jujurnya, saya bukanlah pelajar yang bijak mahupun paling cemerlang dalam kelas. Entah atas dasar apa diajukan soalan seperti ini :)

Allahu'alam

Saturday, September 24, 2011

Hijab


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengupdate blognya :)
Sekadar untuk berkongsi pengalaman diri..
Semalam (23/09/11) saya telah ke midvalley untuk memberi barangan keperluan diri dan dapur..
Sedang saya berjalan di dalam Carrefour, saya telah disapa oleh seorang hamba Allah ni: Assalamualaikum ustazah!
Saya yang sedang berjalan bersama kawan saya sekadar tertunduk dan tersenyum (menahan gelak)..Lantas kawan saya menarik dan memimpin tangan saya...Risau barangkali...
Pesanan buat saudara: Jangan diukur solehahnya seseorang pada labuh tudungnya. Mungkin saja iman saya lebih rendah daripada mereka yang bertudung biasa.Mungkin saja amal saya lebih buruk dari insan biasa.nauzubillah

Sejurus selepas itu, saya mencari bahan-bahan untuk memasak Ddeokbokki 떡볶이 - Spicy Korean Rice Cakes

Sambil berjalan dekat Jusco tu..
Ternampak booth yang menjual makanan-makanan segera Korea..
Lantas saya menghampiri booth tersebut..
Alhamdulillah..seorang chinese aunty sedang menyediakan samplenya...
Saya cuba mengambil kesempatannya untuk merasa masakan ni..
Sebelum dia menghulurkan sample makanan tersebut..
Aunty ni berkata: I am sorry.but could you please check the ingredient 1st before you eat..Since it doesn't have Halal symbol on the packing
Allahu akbar!dia lebih concern mengenai Halal atau Haram berbanding kaum muslim (termasuk diri ni) sendiri!
Lantas saya membalas pertanyaan beliau dengan senyuman sambil menge-check kandungan bahan-bahan tersebut..
Alhamdulillah..semuanya dari tumbuh-tumbuhan..
Dan saya menjawab: It is halal aunty, since it all made from plant-based ingredients :)
Barulah dia menghulurkan sample makanan ddeokbokki tersebut..
Pertama kali makan terasa seperti makan chilli paste..
Berkelat-kelat jugak muke ni..
Tapi nekadkan diri untuk "memelayu"kan masakan ni..*sebab dah teringin sangat* :p

Moral values from the experience: Jagalah agamamu dalam kehidupanmu, insyaAllah agamamu akan menjaga hidupmu :)
  1. Manakan tidak, seandainya saya tidak bertudung seperti yang islam anjurkan..mungkin saya diganggu dengan hebat lagi oleh orang-orang di luar sana bukan setakat dengan usikan: Assalamualaikum ustazah!
  2. Seandainya saya tidak berhijab seperti yang Allah tuntut, mungkin saya tidak dikenali sebagai individual muslim dan tidak diterangkan status halal dan haram sesuatu makanan tu oleh aunty tadi :)
  3. Dan pesanan untuk pengeluar produk-produk Korea yang sedang menembusi pasaran negara Islam seperti Malaysia, seeloknya dapatkanlah sijil Halal dahulu.Ia bukan sahaja 1 praktis menunjukkan kalian menghormati umat Islam, bahkan dapat membantu pasaran produk kalian.insyaAllah :)

Thursday, September 1, 2011

soal hati :)


Bismillah ar-rahman ar-raheem...
Alhamdulillah...masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus mengupdate blognya :)
Alkisah, baru-baru ini ada seorang hamba Allah yang katanya berkenan dengan saya (wallahu'alam)
Perkenalan kami cukup mudah, sewaktu saya menjalani sesi attachment di salah sebuah hospital...
Si dia merupakan pharmacist di situ...kami tidak berbual dan tidak bertegur sapa...
Sekadar dia memberi pinjam kadnya untuk membolehkan saya akses pintu-pintu di hospital..
Perkenalan kami setakat di situ...
Pada suatu hari, saya ternampak akan FB nya.lantas saya add si dia untuk mengucapkan terima kasih atas jasanya..*kerana saya tidak berterima kasih kepadanya sewaktu memulangkan kad dia*
Atas sebab-sebab tertentu, si dia meninggalkan nombor fon nya di inbox mesej FB
Dan atas sebab tertentu juga saya menghubunginya..
Pada keesokan harinya, dia menyatakan hasratnya bahawa dia meminati saya dan ajak saya mencari cincin untuk bertunang...
Allahu rabbi!saya tegaskan pendirian saya bahawa sungguhpun andai kami bertunang, si dia tetap tidak akan mendapatkan cinta saya sehingga lah kami menikah..
Saya katakan padanya: CINTA SAYA BUAT YANG HALAL SAHAJA
Alhamdulillah..dia faham..lantas dia ajak menikah tahun depan yakni selepas saya selesai menghabiskan sesi pembelajaran saya...
Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya ingin selesaikan tempoh housmanship@practical saya selama setahun.lantas saya mengatakan kepadanya: Andai awak sanggup tunggu, silakan...Andai tidak, sila cari yang lain
Secara jujur, kami jarang menghubungi 1 sama lain atas dasar ingin menjaga hati masing-masing..
Kami bimbang andai maksiat akan beraja di hati kami...
Kemudian pada bulan Ramadhan lalu, seusai solat terawih..saya mendapat mesej darinya bertanyakan: Siapa lelaki ajnabi yang ada di hati awak sebenarnya?
Saya membalas mesej tersebut: Demi ALLAH, tiada.
Kemudian kami kembali senyap tanpa menghubungi 1 sama lain...
Dan semalam sekali lagi saya mendapat mesej darinya berbunyi: Salam syahida..awak jangan tunggu saya lagi..kita jadi kawan..saya tak layak untuk awak..saya tak dapat bagi komitmen pada awak..
Dan saya membalas mesej tersebut: Assalamualaikum.Baik.insyaAllah.Maaf atas segala salah silap sepanjang perkenalan kita
Dan kami kembali senyap :)
Alhamdulillah..saya kembali lega :)

Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu...
Kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, kata-kata manja yang menggoda yang boleh meruntuhkan iman...
Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu...
Cuma keperibadiannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu...
Jika kau tetapkan ia atas jalan yang diredhaiNya, insyaAllah, si dia turut di jalan yang sama
:)

:)

Taaruf-->Khitbah-->Istikharah-->Nikah
InsyaAllah :)
NO COUPLE BEFORE AKAD